29 May 2025

Saya Mahu Membeli Buku Anda

Sebagai usaha meraikan penulis pelbagai kaum di Malaysia yang melakukan aktiviti swaterbit (self-publishing), saya mahu membeli buku terus daripada para penulis terbabit.

Syarat dan panduan seperti berikut:

  1. Penulis warganegara Malaysia.
  2. Buku Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, atau Mandarin.
  3. Buku terbit antara 1 Januari 2021 dan 31 Disember 2025.
  4. Fiksyen atau bukan fiksyen.
  5. Bukan buku bertema islamik.
  6. Bukan antologi (melibatkan lebih daripada seorang penulis).
  7. Buku swaterbit (self-published) iaitu diterbitkan sendiri oleh penulis dan ISBN didaftar di bawah nama penulis itu sendiri. Bukan buku yang diterbitkan oleh orang/syarikat lain.
  8. Buku wajib ada ISBN.
  9. Buku dicetak di Malaysia.
  10. Tidak menggunakan “ke” di tempat “kah” dalam buku itu. Contoh: “Awak sudah makan ke?”
  11. Peruntukan saya hanya RM100 bagi setiap penulis swaterbit. Kalau harga pasaran buku ialah RM25, maka anda boleh kirim 4 buku kepada saya.
  12. Wang RM100 akan dideposit ke akaun bank penulis terbabit; tidak boleh “menumpang” akaun syarikat/orang lain.
  13. Anda kirim buku kepada saya hanya selepas saya deposit RM100 ke akaun anda.
  14. Tarikh akhir: 31 Disember 2025 (9:00 malam).

Hubungi saya (Uthaya Sankar SB) menerusi WhatsApp 011-11411952.