Pengenalan
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) menjadi pelopor acara membaca
teks cerpen/cerita/fiksyen di pentas menerusi acara “Baca Cerpen Kavyan” pada tahun 2003;
serta tercatat dalam The Malaysia Book of
Records. Pelbagai acara membaca teks diteruskan dari semasa ke semasa dengan
kerjasama pelbagai pihak untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia.
Kumpulan
cerita rakyat India berjudul Nari! Nari! mula-mula terbit pada 1995
dan diulang cetak pada 2000. Edisi baharu buku itu diterbitkan pada 2015 serta
diulang cetak pada 2023 dan 2024 bagi memenuhi keperluan bahan bacaan bermutu
dalam Bahasa Malaysia bagi Bangsa Malaysia. Buku berkenaan
dijadikan teks Temasya Bahasa,
misalnya di SK St. George Satu, Taiping (12 Oktober 2024), SJKT St. Theresa’s
Convent, Taiping (12 April 2025), Dewan Kerian Sejahtera, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian,
Perak (16-17 April 2025), dan Pustaka Raja Tun Uda (22 April 2025).
Video Membaca Teks Rani di Kuil Bhagavati
Kumpulan cerita rakyat berjudul Rani di Kuil Bhagavati terbit pada Februari 2025 dan memuatkan enam cerita rakyat India yang sesuai bagi bacaan kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Projek Baca Cerita Rani di Kuil Bhagavati dirancang bagi meneruskan usaha membudayakan amalan membaca serta membuka peluang kepada orang ramai membaca petikan cerita rakyat untuk tontonan umum.
[Contoh Bacaan] [Contoh Bacaan] [Contoh Bacaan]
Video akan
disunting dan didokumentasi di YouTube dengan harapan usaha ini mampu
memberi inspirasi kepada lebih ramai individu/kumpulan untuk melakukan perkara
seperti ini – sebagaimana Baca Cerpen Kavyan
(2003) merintis kepada populariti acara baca cerpen Bahasa Malaysia di pentas.
Usaha ini juga demi memperkenalkan cerita rakyat India dalam Bahasa Malaysia kepada masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.
Panduan dan Gerak Kerja
1. Terbuka kepada kanak-kanak,
remaja, belia, dewasa, dan warga emas.
2. Wajib boleh membaca dengan
lancar.
3. Wajib boleh membaca tanpa
gaya sebutan orang Inggeris.
4. Setiap peserta perlu membaca minimum dua halaman dan maksimum empat halaman.
5. Peserta wajib sudah memiliki buku
Rani di Kuil Bhagavati [semak stok]
6. Peserta wajib memegang buku Rani di Kuil Bhagavati semasa rakaman
bacaan; buku dapat dilihat dalam video.
7. Jangan lipat/gulung buku semasa
memegangnya!
8. Jangan hafaz. Sebaliknya, baca dari
buku.
9. Tidak semestinya mulakan cerpen
dari awal. Boleh mulakan bacaan di mana-mana halaman yang paling anda suka.
10. Baca maksimum 4 halaman secara berurutan. Tidak boleh baca (contohnya)
halaman 15, kemudian lompat ke halaman 22, kemudian halaman 36, dan halaman 39.
11. Jangan sebut tajuk cerita semasa
rakaman.
12. Jangan perkenalkan diri semasa
rakaman.
13. Jangan beri ucapan semasa
rakaman.
14. Hanya perlu membaca petikan
cerita. Itu sahaja. Titik.
15. Jangan ucap “terima kasih”
selepas habis membaca.
16. Pastikan wajah peserta tidak
tertutup atau terlindung.
17. Rakaman menggunakan telefon
bimbit.
18. Rakaman mesti secara mendatar (horizontal) dan bukan secara
menegak (vertical).
19. Apabila memulakan rakaman: Diam.
Pandang kamera/telefon 10 saat. Barulah mula membaca petikan cerita.
20. Apabila menamatkan rakaman: Diam.
Pandang kamera/telefon 10 saat. Barulah tekan butang tamat (stop). Jangan tergesa-gesa tekan stop.
21. Suara bacaan perlulah jelas.
Tetapi jangan menjerit!
22. Baca dengan penuh gaya. Bukan
seperti mahu pendengar tertidur!
23. Semasa membaca, sesekali cuba
pandang kamera/telefon.
24. Jangan masukkan apa-apa kesan
khas, muzik latar, sari kata, dan seumpamanya pada video.
25. Video yang siap perlu dihantar
menerusi Telegram kepada Uthaya
Sankar SB. Kiriman menerusi cara lain tidak dilayan.
26. Tarikh akhir mengirim video rakaman
bacaan ialah 30
April 2025 (11:00 malam).
27. Setiap peserta hanya dibenarkan
mengirim satu video rakaman bacaan.
Permintaan untuk menggantikan video pertama dengan video baharu tidak
dilayan. Maka, sila fikir semasak-masaknya sebelum mengirim hanya satu video rakaman bacaan.
28. Video akan disunting, digabung,
dan dipaparkan di YouTube, selain dikongsi menerusi media
sosial.
Tonton video bacaan: [Video Satu] - [Video Dua]
Pendaftaran Peserta
1. Kanak-kanak, remaja, belia, dewasa,
dan warga emas boleh mengambil bahagian.
2. Untuk mendaftar, sila kirim (1)
nama sebenar peserta, (2) nombor telefon, (3) tempat tinggal [bandar dan negeri], dan (4) halaman pilihan, ke WhatsApp 011-11411952
(Uthaya).
3. Tolong jangan mendaftar
sebagai peserta jika anda tidak mampu mematuhi syarat dan panduan yang diberi.
4. Tolong jangan mendaftar
sebagai peserta jika anda tidak mampu mengirim video rakaman sebelum tarikh
tutup.
Pertanyaan
Hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) selewat-lewatnya pada 28 April 2025 (11:00
malam) jika ada sebarang pertanyaan.