13 Apr 2024

Bengkel Penulisan Intensif di Melaka (14-15 September 2024)

Pengenalan

Sesi Penulisan Intensif (SPI) pernah dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16 Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun 2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November 2019 [rujuk di sini]. Bengkel Penulisan Intensif (BPI) pula berjaya dikendalikan di Taiping, Perak pada 15-17 Disember 2023 [rujuk di sini], di Bandar Pinggiran Subang, Selangor pada 2-3 Mac 2024 [rujuk di sini], dan di Putrajaya pada 8-9 Jun 2024 [rujuk di sini]. Karya yang terhasil dimuatkan dalam antologi seperti Lakaran Diri (2022) dan Seruling Malam (2024).

 

Bengkel Penulisan Intensif di Melaka

Bengkel Penulisan Intensif (BPI) kali ini dirancang sebagai kesinambungan kepada pelbagai usaha yang dinyatakan di atas. Sebuah rumah inap (homestay) di Bukit Rambai, Melaka sudah ditempah. Pengisian bengkel meneruskan model dan modul yang digunakan pada SPI dan BPI kerana terbukti benar-benar berjaya dalam memastikan peserta menghasilkan karya bermutu. Tumpuan kali ini kepada penulisan rencana (esei, karangan, makalah, artikel) dan cerpen (cerita pendek) atau cereka (cerita rekaan).

 

Tarikh

Bermula – 14 September 2024 (Sabtu)

Tamat – 15 September 2024 (Ahad)

(Tarikh 16 September 2024 = cuti sempena Hari Malaysia)

Rujuk atur cara untuk perincian sesi bengkel

 

Peserta Bengkel Penulisan Intnsif

[DITUTUP] Bengkel Penulisan Intensif di Melaka dirangka bagi peserta dewasa yang sudah ada pengalaman menulis dalam mana-mana bahasa, dan peserta remaja yang meminati bidang penulisan rencana (esei, karangan, makalah, artikel) dan cerpen (cerita pendek) atau cereka (cerita rekaan). Jumlah peserta dihadkan kepada lapan (8) orang sahaja supaya pembimbing (1 orang) boleh memberi tumpuan peribadi kepada setiap peserta. Keutamaan diberi kepada peserta pelbagai kaum yang mahu mendapatkan bimbingan secara intensif dan lebih mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia. Individu yang sudah bergelar “pembimbing bengkel penulisan” tidak diterima sebagai peserta. 

 

Bahasa

Bengkel Penulisan Intensif (BPI) dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Karya yang dihasilkan juga dalam Bahasa Malaysia. Peserta perlu mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu, tidak mahu, atau berpura-pura tidak tahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menyertai mana-mana program anjuran Kavyan.

 

Rangka Atur Cara

Perincian dan jadual lengkap akan diberi kepada peserta berdaftar sahaja. Peserta perlu mematuhi “Waktu Kavyan”. Tentatif seperti berikut:

 

Sabtu (14 September 2024)

2:00 petang – Peserta Bengkel Penulisan Intensif mendaftar masuk ke rumah inap (homestay).

2:30 petang – Sesi sumbang saran (brainstorming) [berkumpulan]

[Peserta diingatkan supaya tidak menyiapkan draf/manuskrip. Sebaliknya, bawa catatan idea sahaja untuk dibincangkan sebelum mula menulis karya.]

3:30 petang – Menulis bahagian awal karya [individu]

5:00 petang – Bedah karya (rencana/cerpen/cereka) [berkumpulan]

6:00 petang – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]

7:30 malam – Makan malam (di luar) [ikut selera masing-masing]

9:00 malam – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [berpasangan]

10:00 malam – Membaca teks karya dan komen pembimbing

 

Ahad (15 September 2024)

7:30 pagi – Sarapan (di luar) [ikut selera masing-masing]

8:30 pagi – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]

9:30 pagi – Bimbingan seorang ke seorang (one-to-one) [bersama pembimbing]

10:30 pagi – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]

11:45 pagi – Kirim karya lengkap kepada pembimbing

12:00 tengah hari – Mendaftar keluar dari rumah inap

 

[Komen Peserta Sesi Jun 2024 - Video di Sini]

 

Bayaran dan Kos Bengkel Penulisan Intensif

[DITUTUP] Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos sewa rumah inap (homestay). Bayaran ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024 (9:00 malam). Bayaran tidak dipulangkan jika peserta gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan. Kos makan-minum ditanggung oleh masing-masing peserta. Kos perjalanan dan segala kos lain juga ditanggung sendiri.

 

Barangan Keperluan Bengkel Penulisan Intensif

Peserta Bengkel Penulisan Intensif wajib membawa segala barangan keperluan untuk menulis: Komputer riba, buku tulis, alat tulis, buku/bahan rujukan, kamus, dan seumpamanya. Peserta juga perlu membawa segala barangan keperluan peribadi: Pakaian, tuala, berus gigi, ubat-ubatan, makanan ringan, botol air, pengecas telefon, extension wire, dan sebagainya. Segala barangan ini tidak disediakan.

Penginapan Bengkel Penulisan Intensif

Peserta Bengkel Penulisan Intensif perlu menginap di rumah inap (homestay) kerana sesi berlangsung hingga lewat malam. Penginapan adalah dalam konsep perkongsian; maknanya tidak boleh mengharapkan satu bilik untuk seorang peserta. Jika peserta memilih untuk tidak menginap, masih perlu membuat bayaran penuh, serta masih perlu akur pada jadual (atur cara). Tidak dibenarkan membawa teman, keluarga, binatang peliharaan, dan sebagainya (bukan peserta) ke tempat penginapan atas apa-apa alasan sekali pun.

 

Makan-Minum Bengkel Penulisan Intensif

Segala kos makan-minum ditanggung sendiri. Minum petang (3-in-1) dan biskut ala kadar disediakan semasa Bengkel Penulisan Intensif. Dibenarkan keluar untuk sarapan dan makan malam. Peserta boleh membawa makanan ringan dan jajan jika mahu. Minuman beralkohol tidak dibenarkan. Merokok (termasuk vape) tidak dibenarkan di rumah inap.


[Projek Antologi Cerpen 2025]

 

Penyelaras dan Pembimbing Bengkel Penulisan Intensif

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. Projek terkini ialah “Temasya Bahasa” bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Buku terbaharu Uthaya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024). [Baca biodata penuh]

 

Pendaftaran Peserta

[DITUTUP] Individu yang berminat menulis rencana/cerpen/cereka dan benar-benar komited menyertai Bengkel Penulisan Intensif perlu mendaftar dengan mengirim maklumat diri (nama penuh, nombor telefon, dan alamat e-mel) ke e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup lapan (8) peserta. Pendaftaran juga hanya sah apabila bayaran RM50 sudah dibuat iaitu selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024 (9:00 malam).

 

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) hanya jika jawapan bagi sebarang pertanyaan tidak ada di atas.