Pengenalan
Selain
daripada cerpen konvensional yang panjangnya sekitar 2,000 perkataan dan disasarkan
untuk siaran di akhbar serta majalah bercetak, terdapat juga minat para penulis
menghasilkan cerpen yang lebih ringkas (pendek) dan disasarkan untuk siaran di portal
dan media dalam talian (online). Pada
masa sama, rata-rata penulis dan bakal penulis menghadapi kesuntukan masa untuk
menulis cerpen yang panjang kerana terikat dan sibuk dengan komitmen kerja
hakiki. Menyedari hakikat ini, saya mengendalikan bengkel khas secara dalam talian
menerusi Google Meet untuk membantu
membimbing dan membedah karya. Cerpen yang sudah dibedah dan dibengkelkan akan
dinilai kesesuaian untuk disalurkan ke portal seperti Sastera Kavyan, Eksentrika, Cukaria, atau Selangorkini.
Bayaran Ikat Libat
Setiap
peserta dikenakan bayaran ikat libat (commitment
fee) RM15 (Ringgit Malaysia Lima Belas Sahaja). Bayaran ini tidak dipulangkan jika peserta gagal mengikuti sesi
bengkel bedah cerpen atas apa alasan sekali pun.
Sijil Penyertaan Digital
Setiap
peserta berdaftar yang mengikuti bengkel bedah cerpen sepenuhnya dan berjaya
mengemukakan manuskrip bersih (dibaiki selepas dibedah pada bengkel) akan
menerima sijil pendaftaran digital (pdf) sebagai kenang-kenangan. Nama pada
sijil mengikut nama diberi semasa mendaftar. Sijil ganti tidak diberi.
Pembimbing
Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun
1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan
di seluruh negara sejak tahun 1994. Bengkel penulisan turut dikendalikan secara
dalam talian (Google Meet) semasa Buku terbaharunya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024). [Baca biodata penuh]
Beberapa Tarikh Penting
Harap
maklum bahawa saya (Uthaya) amat menghormati masa para peserta dan meminta para
peserta mematuhi “Waktu Kavyan” yang menjadi pegangan
saya.
Mendaftar sebagai
peserta — 20 April 2024 (9:00 malam)
Mengirim draf
cerpen — 27 April 2024 (9:00 malam)
Menyertai
sesi bedah cerpen — 4 Mei 2024 (9:00
malam)
Mengirim
manuskrip bersih — 11 Mei 2024 (9:00
malam)
Bahasa
Bengkel dikendalikan
dalam Bahasa Malaysia. Karya juga dalam
Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu, tidak mahu, atau berpura-pura tidak
tahu Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menjadi peserta.
Prosedur Pendaftaran dan
Penyertaan
1. Buat bayaran ikat libat RM15 ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB) sebelum 20 April 2024 (9:00 malam).
2. Kirim maklumat diri (nama penuh
untuk sijil) dan maklumat bayaran (tarikh dan masa) ke WhatsApp 011-11411952
(Uthaya) sebelum 20 April 2024 (9:00 malam).
3. Tulis draf cerpen sepanjang 400-800 perkataan sahaja. (Sebelum mula
menulis, fikirkan ke media mana cerpen itu mahu cuba dihantar selepas
dibengkelkan.)
4. Kirim draf cerpen dalam format .doc sebagai lampiran (attachment) ke
e-mel uthayasb@gmail.com
sebelum 27 April
2024 (9:00 malam).
5. Pembimbing menyemak dan meneliti
manuskrip cerpen serta menyediakan komen bertulis untuk sesi bedah karya.
6. Sertai sesi bedah karya menerusi Google Meet pada 4 Mei 2024 (9:00 malam). Pautan
(link) akan dihantar beberapa jam
sebelum sesi.
7. Baiki karya dengan mengambil kira
komen dan cadangan yang diberi semasa bengkel. (Harap maklum bahawa bukan tugas
pembimbing membetulkan ejaan, imbuhan, tanda baca, kata sendi, dan
seumpamanya.)
8. Kirim manuskrip bersih (yang
disertakan maklumat diri dan biodata seperti akan diberitahu semasa bengkel) dalam
format .doc sebagai lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com
sebelum 11 Mei
2024 (9:00 malam).
9. Sijil penyertaan digital dikirim
kepada peserta yang layak.
10. Pembimbing akan menghubungi
peserta untuk urusan mengirim karya (cerpen) ke media yang sesuai.
Pertanyaan
Jika ada
sebarang pertanyaan, sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 20 April 2024 (9:00 malam).