Pengenalan
Sesi
Penulisan Intensif (SPI) pernah dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16
Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun 2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November
2019 [rujuk
di sini]. Bengkel Penulisan Intensif (BPI) pula berjaya dikendalikan
di Taiping, Perak pada 15-17 Disember 2023 [rujuk di sini], di Bandar Pinggiran
Subang, Selangor pada 2-3 Mac 2024 [rujuk di sini], dan di Putrajaya pada
8-9 Jun 2024 [rujuk di sini]. Karya yang terhasil
dimuatkan dalam antologi seperti Lakaran Diri (2022) dan Seruling
Malam (2024).
Bengkel Penulisan Intensif di Melaka
Bengkel
Penulisan Intensif (BPI) kali ini dirancang sebagai kesinambungan kepada
pelbagai usaha yang dinyatakan di atas. Sebuah rumah inap (homestay) di Bukit Rambai, Melaka sudah
ditempah. Pengisian bengkel meneruskan model dan modul yang digunakan pada SPI
dan BPI kerana terbukti benar-benar berjaya dalam memastikan peserta
menghasilkan karya bermutu. Tumpuan kali ini kepada penulisan rencana (esei, karangan, makalah,
artikel) dan cerpen (cerita pendek)
atau cereka (cerita rekaan).
Tarikh
Bermula – 14 September 2024 (Sabtu)
Tamat – 15 September 2024 (Ahad)
(Tarikh 16
September 2024 = cuti sempena Hari Malaysia)
Rujuk atur
cara untuk perincian sesi bengkel
Peserta Bengkel Penulisan Intnsif
[DITUTUP] Bengkel Penulisan Intensif di Melaka dirangka bagi peserta dewasa yang sudah ada pengalaman menulis dalam mana-mana bahasa, dan peserta remaja yang meminati bidang penulisan rencana (esei, karangan, makalah, artikel) dan cerpen (cerita pendek) atau cereka (cerita rekaan). Jumlah peserta dihadkan kepada lapan (8) orang sahaja supaya pembimbing (1 orang) boleh memberi tumpuan peribadi kepada setiap peserta. Keutamaan diberi kepada peserta pelbagai kaum yang mahu mendapatkan bimbingan secara intensif dan lebih mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia. Individu yang sudah bergelar “pembimbing bengkel penulisan” tidak diterima sebagai peserta.
Bahasa
Bengkel
Penulisan Intensif (BPI) dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Karya yang dihasilkan juga
dalam Bahasa Malaysia. Peserta perlu mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa
Malaysia. Individu yang tidak tahu, tidak mahu, atau berpura-pura tidak tahu
berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menyertai
mana-mana program anjuran Kavyan.
Rangka Atur Cara
Perincian
dan jadual lengkap akan diberi kepada peserta berdaftar sahaja. Peserta perlu
mematuhi “Waktu Kavyan”. Tentatif seperti berikut:
Sabtu (14 September 2024)
2:00 petang – Peserta Bengkel
Penulisan Intensif mendaftar masuk ke rumah inap (homestay).
2:30 petang – Sesi sumbang saran (brainstorming) [berkumpulan]
[Peserta diingatkan supaya tidak menyiapkan draf/manuskrip.
Sebaliknya, bawa catatan idea sahaja
untuk dibincangkan sebelum mula menulis karya.]
3:30 petang – Menulis bahagian awal karya [individu]
5:00 petang – Bedah karya (rencana/cerpen/cereka) [berkumpulan]
6:00 petang – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]
7:30 malam – Makan malam (di luar) [ikut
selera masing-masing]
9:00 malam – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [berpasangan]
10:00 malam – Membaca teks karya dan
komen pembimbing
Ahad (15 September 2024)
7:30 pagi – Sarapan (di luar) [ikut
selera masing-masing]
8:30 pagi – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]
9:30 pagi – Bimbingan seorang ke
seorang (one-to-one) [bersama pembimbing]
10:30 pagi – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]
11:45 pagi – Kirim karya lengkap kepada pembimbing
12:00 tengah hari – Mendaftar keluar
dari rumah inap
[Komen Peserta Sesi Jun 2024 - Video di Sini]
Bayaran dan Kos Bengkel Penulisan
Intensif
[DITUTUP] Setiap
peserta dikenakan bayaran RM50 (Ringgit
Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos sewa rumah inap (homestay). Bayaran ini perlu dibuat selewat-lewatnya
pada 31
Julai 2024 (9:00 malam). Bayaran tidak dipulangkan jika peserta
gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan. Kos makan-minum ditanggung oleh
masing-masing peserta. Kos perjalanan dan segala kos lain juga ditanggung sendiri.
Barangan Keperluan Bengkel Penulisan
Intensif
Peserta Bengkel
Penulisan Intensif wajib membawa segala barangan keperluan untuk menulis: Komputer riba, buku tulis, alat tulis,
buku/bahan rujukan, kamus, dan seumpamanya. Peserta juga perlu membawa segala barangan keperluan peribadi: Pakaian,
tuala, berus gigi, ubat-ubatan, makanan ringan, botol air, pengecas telefon, extension wire, dan sebagainya. Segala
barangan ini tidak
disediakan.
Penginapan Bengkel Penulisan
Intensif
Peserta Bengkel
Penulisan Intensif perlu menginap di rumah inap (homestay) kerana sesi berlangsung hingga lewat malam. Penginapan
adalah dalam konsep perkongsian; maknanya tidak boleh mengharapkan satu bilik untuk
seorang peserta. Jika peserta memilih untuk tidak menginap, masih perlu membuat
bayaran penuh, serta masih perlu akur pada jadual (atur cara). Tidak dibenarkan
membawa teman, keluarga, binatang peliharaan, dan sebagainya (bukan peserta) ke
tempat penginapan atas apa-apa alasan sekali pun.
Makan-Minum Bengkel Penulisan
Intensif
Segala kos
makan-minum ditanggung sendiri. Minum petang (3-in-1) dan biskut ala kadar disediakan semasa Bengkel Penulisan
Intensif. Dibenarkan keluar untuk sarapan dan makan
malam. Peserta boleh membawa makanan ringan dan jajan jika mahu. Minuman beralkohol
tidak dibenarkan. Merokok (termasuk
vape) tidak dibenarkan di rumah inap.
Penyelaras dan Pembimbing Bengkel
Penulisan Intensif
Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun
1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan
di seluruh negara sejak tahun 1994. Projek terkini ialah “Temasya Bahasa” bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT). Buku terbaharu Uthaya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024). [Baca biodata penuh]
Pendaftaran Peserta
[DITUTUP] Individu yang
berminat menulis rencana/cerpen/cereka
dan benar-benar komited menyertai Bengkel Penulisan Intensif perlu mendaftar dengan
mengirim maklumat diri (nama penuh,
nombor telefon, dan alamat e-mel) ke e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup lapan (8) peserta. Pendaftaran juga
hanya sah apabila bayaran RM50 sudah
dibuat iaitu selewat-lewatnya pada 31
Julai 2024 (9:00 malam).
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Hubungi e-mel
uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) hanya jika jawapan bagi sebarang pertanyaan tidak
ada di atas.