13 Apr 2024

Lawatan ke Kampung Chetti dan Bengkel Penulisan Intensif di Melaka


Pengenalan

Sesi Penulisan Intensif (SPI) pernah dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16 Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun 2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November 2019 [rujuk di sini]. Bengkel Penulisan Intensif (BPI) pula berjaya dikendalikan di Taiping, Perak pada 15-17 Disember 2023 [rujuk di sini], di Bandar Pinggiran Subang, Selangor pada 2-3 Mac 2024 [rujuk di sini], dan di Putrajaya pada 8-9 Jun 2024 [rujuk di sini].

 

Bengkel Penulisan Intensif di Melaka

Bengkel Penulisan Intensif (BPI) kali ini dirancang sebagai kesinambungan kepada pelbagai usaha yang dinyatakan di atas. Rumah inap (homestay) di Melaka dipilih kerana program pada kali ini turut melibatkan lawatan ke Kampung Chetti di Jalan Gajah Berang sebelum peserta mengikuti bengkel penulisan. Pengisian bengkel meneruskan model dan modul yang digunakan pada SPI dan BPI kerana terbukti benar-benar berjaya dalam memastikan peserta menghasilkan karya bermutu. Tumpuan kali ini kepada penulisan rencana (esei, karangan, makalah, artikel) dan cerpen (cerita pendek) atau cereka (cerita rekaan); khasnya susulan lawatan ke Kampung Chetti. Rujuk atur cara untuk perincian tentang sesi bengkel.

 

Lawatan ke Kampung Chetti

Orang ramai boleh sama-sama menyertai peserta Bengkel Penulisan Intensif dalam sesi lawatan ke Kampung Chetti. Pertemuan dan sesi perkongsian pengalaman bersama beberapa belia/penduduk Kampung Chetti serta lawatan (berjalan) mengelilingi kampung. Harap maklum bahawa lawatan turut melibatkan kunjungan ke beberapa kuil di Kampung Chetti. Jika peserta mahu melawat Muzium Chetti, bayaran untuk tiket ialah RM8 seorang (dewasa). Rujuk atur cara untuk perincian tentang sesi lawatan.

 

Tarikh

Bermula – 14 September 2024 (Sabtu)

Tamat – 15 September 2024 (Ahad)

(Tarikh 16 September 2024 = cuti sempena Hari Malaysia)

Rujuk atur cara untuk perincian tentang lawatan dan sesi bengkel

 

Peserta Bengkel Penulisan Intnsif

Bengkel Penulisan Intensif di Melaka dirangka bagi peserta dewasa yang sudah ada pengalaman menulis dalam mana-mana bahasa, dan peserta remaja yang meminati bidang penulisan rencana (esei, karangan, makalah, artikel) dan cerpen (cerita pendek) atau cereka (cerita rekaan). Jumlah peserta dihadkan kepada tujuh (7) orang sahaja supaya pembimbing (1 orang) boleh memberi tumpuan peribadi kepada setiap peserta. Keutamaan diberi kepada peserta pelbagai kaum yang mahu mendapatkan bimbingan secara intensif dan lebih mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia. Individu yang sudah bergelar “pembimbing bengkel penulisan” tidak diterima sebagai peserta. Peserta Bengkel Penulisan Intensif digalakkan turut menyertai lawatan ke Kampung Chetti untuk menimba ilmu dan pengalaman. [Kemas kini pada 14 April 2024: Sudah ada lima peserta bengkel.]

 

Peserta Lawatan ke Kampung Chetti

Sesiapa yang berminat boleh mendaftar sebagai peserta sesi lawatan ini. Segala kos seperti pengangkutan, penginapan, makan-minum dan sebagainya ditanggung sendiri oleh peserta. Bayaran RM10 dikenakan untuk membeli cenderamata bagi tuan rumah (Kampung Chetti) dan minuman semasa sesi perbincangan di Dewan Bacaan Kampung Chetti. Peserta walk-in dikenakan bayaran RM20 kerana tidak mendaftar lebih awal.

 

Bahasa

Bengkel Penulisan Intensif (BPI) dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Karya yang dihasilkan juga dalam Bahasa Malaysia. Sesi lawatan dan perbincangan semasa lawatan ke Kampung Chetti juga menggunakan Bahasa Malaysia. Peserta perlu mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu, tidak mahu, atau berpura-pura tidak tahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menyertai mana-mana program anjuran Kavyan.

 

Rangka Atur Cara

Perincian dan jadual lengkap akan diberi kepada peserta berdaftar sahaja. Peserta perlu mematuhi “Waktu Kavyan”. Tentatif seperti berikut:

 

Sabtu (14 September 2024)

10:00 pagi – Peserta Lawatan Kampung Chetti berkumpul di perkarangan Muzium Chetti, Jalan Gajah Berang, Melaka.

10:15 pagi – Peserta berjalan beramai-ramai ke Bilik Bacaan, Kampung Chetti.

10:30 pagi – Sesi perkongsian pengalaman oleh belia/penduduk Kampung Chetti diikuti sesi soal-jawab bersama peserta/pelawat.

11:30 pagi – Lawatan (berjalan) mengelilingi Kampung Chetti, termasuk berkunjung ke rumah penduduk terpilih (yang sedia menerima kunjungan tetamu), serta kunjungan ke beberapa kuil bersama wakil penduduk Kampung Chetti.

12:30 tengah hari – Melawat Muzium Chetti. Bayaran masuk RM8 seorang jika mahu masuk. Peserta yang tidak melawat muzium boleh bersurai.

1:30 tengah hari – Tamat sesi lawatan ke Kampung Chetti.

3:00 petang – Peserta Bengkel Penulisan Intensif mendaftar masuk ke rumah inap (homestay).

3:30 petang – Sesi sumbang saran (brainstorming) [berkumpulan]

[Peserta diingatkan supaya tidak menyiapkan draf/manuskrip. Sebaliknya, bawa catatan idea sahaja untuk dibincangkan sebelum mula menulis karya.]

4:30 petang – Menulis draf awal karya [individu]

6:00 petang – Bedah karya (rencana/cerpen/cereka) [berkumpulan]

7:30 malam – Makan malam (di luar)

9:00 malam – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]

10:00 malam – Bimbingan seorang ke seorang (one-to-one)

 

Ahad (15 September 2024)

7:30 pagi – Sarapan (di luar)

8:30 pagi – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [berpasangan]

9:30 pagi – Membaca teks karya dan komen pembimbing.

10:30 pagi – Membaiki karya (rencana/cerpen/cereka) [individu]

11:45 pagi – Kirim karya lengkap kepada pembimbing.

12:00 tengah hari – Mendaftar keluar dari rumah inap.

 

Bayaran dan Kos Lawatan ke Kampung Chetti

Setiap peserta dikenakan bayaran RM10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) bagi menampung kos membeli cenderamata untuk wakil kaum Chetti Melaka yang menyertai sesi perkongsian pengalaman dan lawatan mengelilingi Kampung Chetti. Bayaran ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2024 (9:00 malam). Bayaran tidak dipulangkan jika peserta gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan. Peserta walk-in dikenakan bayaran RM20 kerana tidak mendaftar lebih awal. Kos makan-minum ditanggung oleh masing-masing peserta. Kos perjalanan dan tiket masuk ke Muzium Chetti juga ditanggung sendiri.

 

Bayaran dan Kos Bengkel Penulisan Intensif

Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos sewa rumah inap (homestay). Bayaran ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024 (9:00 malam). Bayaran tidak dipulangkan jika peserta gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan. Kos makan-minum ditanggung oleh masing-masing peserta. Kos perjalanan juga ditanggung sendiri.

 

Sijil Penyertaan

Sijil penyertaan digital (pdf) diberi kepada peserta yang mengikuti bengkel sepenuhnya serta berjaya menghasilkan karya (rencana/cerpen/cereka) mengikut kriteria yang ditetapkan. Peserta lawatan ke Kampung Chetti juga menerima sijil digital (pdf) sebagai kenang-kenangan. Nama pada sijil mengikut nama diberi semasa mendaftar. Sijil ganti tidak akan diberi.

 

Barangan Keperluan Bengkel Penulisan Intensif

Peserta Bengkel Penulisan Intensif wajib membawa segala barangan keperluan untuk menulis: Komputer riba, buku tulis, alat tulis, buku/bahan rujukan, kamus, dan seumpamanya. Peserta juga perlu membawa segala barangan keperluan peribadi: Pakaian, tuala, berus gigi, ubat-ubatan, makanan ringan, botol air, pengecas telefon, extension wire, dan sebagainya. Segala barangan ini tidak disediakan.

 

Penginapan Bengkel Penulisan Intensif

Peserta Bengkel Penulisan Intensif perlu menginap di rumah inap (homestay) kerana sesi berlangsung hingga lewat malam. Penginapan adalah dalam konsep perkongsian; maknanya tidak boleh mengharapkan satu bilik untuk seorang peserta. Jika peserta memilih untuk tidak menginap, masih perlu membuat bayaran penuh, serta masih perlu akur pada jadual (atur cara). Tidak dibenarkan membawa teman, keluarga, binatang peliharaan, dan sebagainya (bukan peserta) ke tempat penginapan atas apa-apa alasan sekali pun.

 

Makan-Minum Bengkel Penulisan Intensif

Segala kos makan-minum ditanggung sendiri. Minum petang (3-in-1) dan biskut ala kadar disediakan semasa Bengkel Penulisan Intensif. Dibenarkan keluar untuk sarapan dan makan malam. Peserta boleh membawa makanan ringan dan jajan jika mahu. Minuman beralkohol tidak dibenarkan. Merokok (termasuk vape) tidak dibenarkan di rumah inap.

 

Penyelaras Lawatan ke Kampung Chetti

[Maklumat penyelaras akan dikemas kini di sini]

 

Penyelaras Bengkel Penulisan Intensif

[Maklumat penyelaras akan dikemas kini di sini]

 

Pembimbing Bengkel Penulisan Intensif

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. Buku terbaharunya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024). [Baca biodata penuh]

 

Pendaftaran Peserta

Peserta lawatan ke Kampung Chetti perlu membuat bayaran RM10 ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB) sebelum 31 Ogos 2024 (9:00 malam) dan [mengisi borang pendaftaran].

Individu yang berminat menulis rencana/cerpen/cereka dan benar-benar komited menyertai Bengkel Penulisan Intensif perlu mendaftar dengan mengirim maklumat diri (nama penuh, nombor telefon, dan alamat e-mel) ke e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup tujuh (7) peserta. Pendaftaran juga hanya sah apabila bayaran RM50 sudah dibuat iaitu selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024 (9:00 malam).

 

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) hanya jika jawapan bagi sebarang pertanyaan tidak ada di atas.