Pengenalan
Sejak
diasaskan pada tahun 1999, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berusaha membimbing bakat
baharu dalam penulisan karya Bahasa Malaysia. Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang
penulisan sejak tahun 1991 serta berpengalaman membimbing bakat baharu di
seluruh negara sejak tahun 1994. Antara bengkel penulisan yang dikendalikan
baru-baru ini ialah Sesi Penulisan Intensif (Disember 2018 –
November 2019), Siri
Ceramah Penulisan (Jun 2020 – April 2021), Sesi Penulisan Cerpen (Jun 2021 – Mei 2022), dan Bengkel Penulisan Cerpen Untuk Pembaca Remaja (22
Julai 2023).
Bengkel Membedah
Manuskrip Cerpen
Sasaran
bengkel ini adalah untuk membimbing peserta agar mampu menghasilkan manuskrip
cerpen bermutu yang sesuai dan layak untuk disiarkan di media cetak
atau portal dalam talian. Walau bagaimanapun, hanya manuskrip yang didapati
mencapai tahap kualiti yang dikehendaki selepas dibedah akan disalurkan ke
media terbabit.
Maklumat
Bengkel
Bengkel dikendalikan secara dalam talian (online) seperti berikut:
Tarikh: 26 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam – 12.00 tengah malam (3 jam)
Pelantar: Google
Meet
Peserta
Bengkel
Penyertaan
dibuka kepada warganegara Malaysia berumur minimum
17 tahun
dan benar-benar berminat mendalami ilmu penulisan cerpen Bahasa Malaysia. Individu yang
merupakan pembimbing mana-mana sesi/bengkel penulisan tidak diterima sebagai peserta. Sesi akan dikendalikan jika ada
minimum empat (4) peserta.
Bahasa
Pengantar
Bengkel
dikendalikan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar. Istilah/frasa bahasa-bahasa lain mungkin digunakan mengikut keperluan.
Bayaran
Penyertaan
Bagi setiap
sesi, bayaran (“pengeras”) yang dikenakan ialah RM20 sahaja. Bayaran tidak dipulangkan jika peserta menarik
diri atau tidak hadir. Bagaimanapun, bayaran akan dipulangkan jika sesi berkenaan dibatalkan susulan tidak
cukup minimum empat (4) peserta.
Tarikh Tutup
Pendaftaran ditutup pada 19 Ogos
2023 (9.00 malam).
Cara Mendaftar
Buat bayaran ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB). Kemudian, kirim maklumat diri (nama, nombor
telefon, dan alamt e-mel) ke WhatsApp
011-11411952.
Draf Manuskrip
Sebaik
pendaftaran disahkan, format menaip
manuskrip cerpen akan dikirim kepada peserta menerusi e-mel. Format itu perlu
digunakan apabila menyediakan manuskrip bagi tujuan bengkel ini. Setiap peserta
wajib mengemukakan satu (1) draf manuskrip
cerpen untuk dibedah pada sesi yang disertai. Panjang draf manuskrip adalah minimum 200 perkataan dan maksimum 500 perkataan. Draf manuskrip mestilah
karya asli
dan belum tersiar di mana-mana. Jika
draf manuskrip melebihi 500 perkataan, pastikan kirim bahagian awal maksimum 500 perkataan sahaja. Semak
ejaan, imbuhan, dan tanda baca sebelum manuskrip dikirim kepada pembimbing. Draf
manuskrip perlu dikirim sebagai lampiran (attachment)
ke e-mel uthayasb@gmail.com
selewat-lewatnya pada 23 Ogos 2023 (9.00
malam). Peserta
yang gagal mengirim draf manuskrip dianggap menarik diri.
Kandungan
Bengkel
Secara
umum, bengkel ini merangkumi bidang penulisan cerpen secara menyeluruh, iaitu
dari topik mencari idea hingga usaha menerbitkan karya berkenaan. Panduan diberi
berdasarkan pengalaman pembimbing terlibat dalam bidang penulisan selama lebih
30 tahun. Draf manuskrip setiap peserta dibedah, dikritik, dihurai, dan dicadangkan
cara untuk dibaiki supaya mencapai mutu yang sesuai untuk diterbitkan. Peserta
amat digalakkan bertanya soalan semasa bengkel berlangsung. Bak kata
peribahasa Tamil, hanya bayi yang menangis
akan mendapat susu.
Bimbingan
di Luar Sesi
Sebarang bimbingan
berkaitan bidang penulisan dan penerbitan tidak akan diberi di luar waktu bengkel.
Maklumat
Lanjut
Sila hubungi
Uthaya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan lanjut.