Pengenalan
SRK Convent Aulong (kini SK Convent Aulong) di Aulong, Taiping merupakan sekolah di mana saya [Uthaya Sankar SB] dan semua adik-beradik saya belajar. Pada Disember 2015, keluarga saya dan keluarga abang saya (Sivasankar) pergi ke sekolah berkenaan untuk menyampaikan sumbangan bagi sekumpulan murid. Bacalah rencana “SK Convent Aulong Perlukan Perhatian” (The Malaysian Insider, 29 Disember 2015) untuk sedikit maklumat. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia diadakan di sekolah ini pada Mac 2016.
Pada 10 Julai 2023, saya mengunjungi SK Convent Aulong untuk menyampaikan sedikit sumbangan buku. Sempat juga saya berbual dan berbincang dengan guru besar, Puan Hanizah Abdul Aziz dan beberapa guru lain tentang perlunya program serupa digerakkan semula demi manfaat murid-murid di sekolah ini. Untuk rekod, hanya ada 87 murid dan majoriti merupakan kanak-kanak kaum India daripada keluarga B40. Jumlah guru pula 16 orang yang penuh dedikasi dan berusaha melakukan yang terbaik demi masa depan murid-murid ini.
Maklumat
Acara
Hasil
perbincangan, keputusan diambil untuk mengadakan Program Galakan Membaca Menerusi Pendekatan Didik Hibur pada 9 September 2023 (Sabtu), dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang. Buku Nari! Nari! (2023) dijadikan teks
dan bahan program.
Peserta
Program
Bagi
memastikan pengendalian program ini lebih berkesan dan memberi impak berterusan,
sasaran bukan hanya kepada murid-murid. Ibu bapa, penjaga, dan guru turut
dilibatkan supaya semua pihak boleh memainkan peranan dalam menyumbang kepada
usaha memupuk minat terhadap Bahasa Malaysia dan budaya membaca buku
cerita dalam jiwa generasi muda. Jumlah peserta seperti berikut:
a) Murid: 20 orang (pelbagai kaum dan pelbagai tahap
literasi)
b) Ibu, Bapa, Penjaga: 5 orang (pelbagai kaum)
c) Guru: 16 orang (termasuk guru besar)
Jumlah peserta: 41 orang
Pengisian
Program
Berbekalkan
pengalaman mengatur, merancang, dan mengendalikan program berkaitan Bahasa
Malaysia dan kempen galakan membaca sejak tahun 1994, saya akan menggunakan
pendekatan didik hibur dengan memastikan wujud penglibatan menyeluruh para
murid, guru, dan ibu bapa. Peserta akan menyedari betapa seronok menggunakan
Bahasa Malaysia, serta betapa minat membaca buku cerita boleh menjadi aktiviti
yang menguntungkan.
Sumbangan
Orang Ramai
Oleh kerana
program ini tidak ditaja mana-mana pihak, maka sumbangan orang ramai – khasnya rakan-rakan
yang tahu tentang usaha yang saya lakukan bersama Kavyan selama ini – amat diperlukan
untuk menampung sebahagian kos. Anggaran kos seperti berikut:
|
Maklumat |
Kos |
1 |
Buku Nari!
Nari! (pada harga kos) RM10 x 41 peserta |
RM410 |
2 |
Alat Tulis (pen, pensel, pemadam, pembaris, warna,
dll) RM10 x 20 murid |
RM200 |
3 |
Bahan Aktiviti (kertas manila, kertas warna, marker, dll) RM10 x 5 kumpulan |
RM50 |
4 |
Sarapan RM5 x 41 peserta |
RM205 |
5 |
Makan Tengah Hari RM10 x 41 peserta |
RM410 |
|
JUMLAH KESELURUHAN (Anggaran) |
RM1,275 |
Purata kos
bagi setiap peserta ialah sekitar RM30. Maka, sumbangan RM30 dapat menampung kos seorang peserta. Nama para penyumbang akan
didokumentasi di blog ini sebagai tanda penghargaan; tanpa menyebut jumlah
sumbangan. Resit bagi barangan yang dibeli akan dikirim kepada penyumbang
menerusi WhatsApp sebagai bukti dan
untuk rujukan. Surat/resit rasmi akan diberi bagi setiap sumbangan untuk tujuan
rekod; walaupun mungkin tidak layak mendapat pengecualian cukai pendapatan.
Harap maklum bahawa kos perjalanan, penginapan, makan-minum,
dan pengendalian program oleh saya ditanggung sendiri; sebagai sumbangan
peribadi saya bagi menjayakan program.
Senarai
Penyumbang
1. Lim Ee Lin
2. Lalitha Trading Sdn Bhd
3. Anuradha Chelliah
4. Muhammad Rasyad Mohd Razin
5. Zaheer Zechariah
6. Saravanan Selanduray
7. Parimala Devi Samarasan
8. Surendran Govindasamy
(Senarai akan dikemas kini sehingga 31 Ogos 2023)
Sumbangan
Buku Untuk Pusat Sumber
Pusat
sumber dan perpustakaan kecil di SK Convent Aulong merupakan tempat awal yang
berjaya memupuk minat saya terhadap buku cerita.
Serangan anai-anai pada 2015/2016 menyebabkan bilik pusat sumber dan koleksi bahan
bacaan musnah. Semasa kunjungan pada 10 Julai 2023, saya mendapati jumlah buku
terlalu sedikit. (Bantuan daripada kementerian tidak dapat diharapkan kerana
sekolah kebangsaan ini termasuk kategori sekolah kurang murid dan sekolah
mubaligh.) Saya akan menyumbangkan sejumlah buku. Rakan-rakan yang berminat
juga boleh menyalurkan sumbangan buku cerita – sama ada menerusi saya atau
dikirim terus ke alamat sekolah.
Sila KLIK DI SINI untuk foto-foto acara.
Maklumat
Lanjut
Untuk
sebarang maklumat lanjut, sudilah menghubungi saya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 1 September 2023.