Berikut
sebahagian ulasan bagi buku Malaiur
Manikam di Goodreads. Saya paparkan di sini bagi
tujuan dokumentasi dengan rakaman ribuan terima kasih kepada setiap individu
yang menulis ulasan berkenaan. Komen positif dan negatif saya terima dengan
gembira kerana saya tahu para pengulas adalah golongan intelek yang memang
mencintai ilmu.
Kagum. Cantik.
Mudah.
Kadang-kadang aku terkedu bagaimana seorang Hindu dan seorang bukan Melayu menulis perihal Melayu dengan kemas.
Ada tulisannya yang bersifat agak kontroversi
(hanya bagi manusia yang captive mind).
Bahasa yang digunakannya cantik dan mudah difahami.
Pada awal bab; Uthaya banyak menulis perihal
agama Hindu dan kepercayaan mereka. Aku sangat tertarik dengan beberapa ajaran
Hindu. “Tertarik” di sini bukan membawa maksud aku ingin menjadi Hindu. Tetapi
tulisannya mencerahkan (enlightment)
mengenai Hindu untuk orang lain memahaminya. Jadi skeptisme aku terhadap Hindu
itu semakin menipis.
Di bahagian tengah; Uthaya menulis perihal Melayu. Malu, malu sebab seorang India boleh bertanya dengan agak lancar mengenai “ketuanan” Melayu
dan sebagainya mengenai Melayu. Ya, perlembagaan Malaysia mempunyai paradoks
yang jelas.
Uthaya banyak mengulas buku AB Sulaiman terbitan SIRD itu. (Ya, boleh dikatakan SIRD &
GerakBudaya saja yang berani mengeluarkan buku sedemikian). Aku tak baca lagi
buku tu. Alangkah baik kalau ada orang terjemah buku tersebut kepada bahasa
Malaysia.
Paling menarik Uthaya menyebut perihal transgender yang mana aku “ingin mencari jawapan seperti itu” akhirnya
menjumpainya.
Buku ini aku beri 5/5 bintang.
Masalah buku ini hanya satu; masalah DuBook
Press yang mengambil koleksi artikel dalam internet, lalu membukukannya. Mudah
buat duit.
Naim al-Kalantani (14 Januari 2016)
I do think that
this is a must read book for all Malaysians out there. Even if you dislike the
author and you find his points debatable or controversial but he raised good
questions on the “Malay” connotation. We often puzzled by the term itself as it
put us all in one group but the distinctions among us is much more complex.
The book
featured a series of articles that he wrote for the Malay Mail, The Malaysian
Insider, Projek Dialog - just to
name a few. The topics ranging from the certain article(s) in Federal
Constitution, Hinduism, Malay Privilege , Indian Culture, Tamil Literature and
even Gender/sexuality in Malaysia.
I actually
wanted more chapters on Hinduism covered in the book because when you are
living in the majority bubble, you kinda forget that there are minority race
that live in your country as well. I find his writing about Hinduism actually
helped disposing the pre-conceived notion that I had before on this particular
religion. Uthaya put many comparisons with Islam and helped the readers see
while the teaching and rituals might be different, but the concept is actually
similar - For example, 99 Names of Allah and the term of Eka Aneka.
On the
constitution which Article 160 was being discussed actually raised some pretty
interesting point, as the defintion of Malay itself quite vague - Malaysian
Chinese and Indian that decided to revert into Muslim. Does it mean they are no
longer Chinese or Indian? Does it mean they can become Malay?
Another
interesting chapter would be on the discourse of Tamil Literature (from many
great epics like Silappatikaram and Manimegalai
just to name a few) and how it is rooted from Jainism and Buddhism instead of Hinduism
book. Overall, I find his writing and point of view fresh. One may agree to
disagree but you can’t deny that his questions and concerns is valid.
Fadillah (22 April 2022)
SAMPAH !
Itu review
pertama aku nak buat untuk buku ni. Tapi bila berbincang dengan “orang yang
lebih tua” ilmunya, aku tarik balik review
yang awal tadi (tak tarik 100%, sebab memang ada tulisan yang agak SAMPAH dalam
buku ni). Buku ni rata-rata membicarakan topik Hinduisme (agama dan budaya
orang India) dan Melayu, owh satu
lagi tentang jantina ketiga 💆🏻♂️.
Baik, apa yang baik?
- Aku dapat memahami dengan baik beberapa ajaran
Hindu yang mungkin menjadi persoalan dalam hidup aku sebagai Muslim.
- Ada beberapa tulisan yang mampu “menjentik” jiwa
sebagai seorang Islam dan Melayu. Mungkin tulisan penulis agak panas
tetapi jika difikir dengan akal yang waras, Insyaallah kita boleh ambil sisi pandang yang positif.
Itu je lah kot yang baik. Yang kurang baik? Banyak
juga. Haha.
- Liberal (dari sudut pandang akidah cuba disuntik
dalam buku ini)
- MELAYU menjadi topik hangat dan mendapat sisi
pandang negatif oleh penulis. (Tetapi penulis kata dia tak pandang
negatif, dia cuma quote
kata-kata orang lain. So, itu nak panggil apa?😅)
- Percanggahan pandangan sejarah Tanah Melayu.
Sepatutnya isu sejarah Tanah Melayu tidak lagi menjadi polemik sebab hari
ini dah banyak buku tulisan para sarjana tentang sejarah Tanah Melayu.
(Mungkin penulis tidak didedahkan dengan buku-buku tersebut)
- Nama Dr Ridhuan Tee Abdullah disebut lebih dari 3 kali dalam buku ni dengan
sisi negatif, tak tahu apa yang ditakutkan oleh penulis kepada beliau.
Aku petik beberapa tulisan penulis yang boleh
menimbulkan masalah:
“...Sebagai antara agama tauhid yang tertua di
dunia, ajaran Hindu tidak menghalang/menolak mana-mana agama atau ajaran lain.
Semua agama menuju kepada Tuhan (Maha Esa) dan terpulang kepada setiap individu
untuk memilih jalan (agama atau ajaran) yang dingininya...”
“...Corak pemikiran orang Melayu dikatakan tidak
begitu mementingkan aspek peraturan dan undang-undang. Sebaliknya ia
dipengaruht nilai-nilai tradisi, keengganan menerima perubahan, berpusatkan
kelompok sendiri, penuh dengan kekeliruan, wujud pertentangan idea, keangkuhan
serta kurang idea dan kemampuan melahirkan idea...”
“...kerana tidak ada negara bernama ‘Melayu’...”
“...Contoh paling klasik yang sering menjadi
rujukan adalah seorang lelaki bernama Ridhuan Tee Abdullah yang ‘pernah menjadi
Kristian’ (Sinar Harian, 31 Oktober
2011) serta ‘pernah menternak dan memakan babi’ (Sinar Harian, 2 Jun 2014) khabarnya sering menggunakan frasa ‘kita
orang Melayu’ serta menjadi ‘lidah rasmi’ orang Melayu...”
Syawal Ameron (10 Oktober 2020)
Wah!!! (3x)
Sebuah buku yang sangat hebat! Saya beli buku ni (cuma RM3 di Dubook Cafe)
sebab saya sudah kenal penulisnya sejak sekolah rendah lagi (banyak buku kanak2
tulisannya di perpustakaan) dan dari recommend
kawan saya, seorang India Muslim yang tak habis2 mengatakan betapa
bermanfaatnya buku ni untuk rakyat Malaysia! (?!)
Ya, seorang Muslim Melayu tipikal seperti saya
yang cuma ada 3 kawan India Hindu, oleh kerana saya tidak mahu digelar rasis,
saya tidak pernah bertanya soalan2 berkaitan agama kepada teman Hindu saya,
walaupun ada seorang kawan saya yang nakal suka bertanya soalan2 sensitif
dengan tujuan memerli/mengejek secara sinis (jangan contohi sifat ini!) seperti
kenapa tak makan lembu, satu jawapan yang agak mengejutkan yang pernah saya
dengar ialah, “Aku makan daging lembu sembunyi2, depan family aku je aku berlakon tak makan, sedap wo burger daging”. Kawan saya pun balas, “Kau ni Hindu munafik!”
Kami semua pun gelak ramai-ramai.
Apa apa pun terima kasih banyak2 kepada tuan
penulis kerana banyak info bermanfaat tentang agama Hindu yang dikongsi yang
sekaligus menjawab banyak persoalan untuk orang Melayu yang ingin tahu dan
ingin baca. Demi menyambut kepelbagaian rakyat Malaysia, buku ni seeloknya
dibaca oleh orang2 Melayu. Baca!
p/s: Rasa cemburu dengan tuan penulis sebab tau
banyak hal mengenai Islam dari orang Islam sendiri!
Zaghol (14 September 2018)
Sindiran Uthaya
– walaupun penulis tak akan kata dia menyindir – bukanlah pada agama Islam,
namun pada penganut Melayu Islam itu sendiri. Sesiapa tak dapat menafikan
bahawa sindiran dalam makalah Uthaya umpama besi jarum iaitu ia halus sehingga
kadangkala tidak ternampak namun cukup tajam untuk mencucuk sehingga ke isi
daging yang paling dalam. Ternampak halus seperti pujian bagi mereka yang
hidupnya hanya memakan puja-puji, namun cukup mencucuk bagi mereka yang sedar
apa yang penulis cuba sampaikan.
Tapi kita tidak boleh melabel Uthaya sebagai
seorang pengkritik yang buta. Buktinya, dia seorang pembaca yang aktif dan
kritis dan mengetahui selok belok sejarah Islam sebaik (jika tak secemerlang)
orang Melayu sendiri. Cuma mungkin pemahaman Uthaya hanya sekitar pembacaan,
atau telahan dari persekitaran atau dari pengalamannya sendiri bergaul dan
berhadapan dengan golongan Melayu yang etnosentrik. Ini mungkin kerana Uthaya
memahami Islam secara intelek dan bukannya batin. Dia seorang pengkritik yang
membaca dan mereka yang mudah melatah lalu cuba counter attack kritikan Uthaya tanpa dirinya sendiri punyai range bacaan yang luas dan diversiti
sesungguhnya adalah satu tindakan yang cetek dan kurang bijak serta hanya
menampakkan kebodohan.
Mungkin buku ini hanya mengundang rasa tidak
senang golongan pro-Melayu, tapi bagi aku, Uthaya bukanlah pihak yang boleh
ditunding jari atas apa yang dia (atau mungkin ramai golongan Bukan Melayu di luar
sana) telah salah tanggap. Dia menulis berdasarkan pembacaannya, pengalamannya,
dan tanggapan yang dibuat sebenarnya adalah hasil reflek dari cerminan kaum Melayu
yang membawa Islam itu sendiri. Analoginya seperti; baju yang cantik dan bersih
namun kita pakai dengan tidak kemas dan compang camping, apakah refleksi dari
cermin yang kita akan nampak? Tentu tidak kemas dan compang camping juga bukan?
Ya itulah keadaan kita Melayu yang sedang memakai Islam di tubuh badan kita.
Kesimpulannya, buku ini penuh provokasi, terutama
apabila penulis menyentuh isu agama dan kaum. Namun jangan hanya diambil yang
provokasi sahaja, selain itu buku ini memaparkan lebih dari buku Melayu lain
boleh beri. Seperti kata Uthaya; saya
hanya mahu mencuit minda puak puak ini supaya mereka berfikir.
Ok, itu bukan kata Uthaya. Tapi sekurang-kurangnya
itu yang aku anggap apa yang dia cuba buat. Peace!
nazhsahaja (1 April 2016)
Hasil himpunan
makalah-makalah yang jitu dan padat oleh saudara Uthaya Sankar. Beliau
menerangkan tentang buah fikirannya dan membetulkan tanggapan segelintir pihak
yang salah faham tentang agama Hindu.
Ada juga beliau menyatakan tentang hak
kesamarataan, resensi yang mantap tentang buku-buku yang dibacanya dan pelbagai
persoalan tentang agama.
Ada beberapa perkara juga yang saya tak setuju dan
ada perkara yang saya setuju tentang buah fikirannya. Ambil yang jernih, buang
yang keruh. Tapi pemikiran beliau membuatkan saya hendak terus mempelajari
serta mengkaji agama dan jati diri sendiri dengan lebih mendalam. Selain itu,
saya dapat memahami budaya dan agama rakan-rakan saya yang lain yang beragama
Hindu. Malaysia kan terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, apa salahnya kita
memahami masing-masing dan hidup aman damai melalui toleransi ini.
Muhamad Fahmi (19 Disember 2015)
Usai membaca
buku ini, berkali-kali saya berasa malu. Malu yang pertama, betapa ceteknya
pengetahuan saya berkenaan agama Hindu selama ini. Jika tidak kerana buku ini,
mungkin sehingga ke akhir hayat saya akan percaya bahawa “lembu”
adalah salah satu Tuhan bagi masyarakat India.
Malu yang
kedua, bahawa buku ini telah memberi pencerahan kepada saya akan maksud “Melayu”
seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Rupa-rupanya tidak
sesukar mana untuk digelar sebagai “Melayu” di dalam Perlembagaan Malaysia
sendiri.
Malu yang
seterusnya, membaca dari awal sehingga tamat buku ini membuatkan saya hampir
terlupa bahawa penulisnya bukanlah seorang berbangsa Melayu tetapi boleh
menulis menggunakan Bahasa Melayu dengan cukup baik. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan,
bahasa Melayu beliau jauh lebih baik dari kebanyakkan orang Melayu sendiri.
Membaca buku
ini turut membuatkan saya berasa sedih pabila mengenangkan betapa ramainya
kawan-kawan saya yang berbangsa Melayu masih lagi berhempas pulas untuk mengeja
“aku” dan “dia” dengan betul.
Pepol (11 Januari 2016)
Aku tak ramai
kawan dari kalangan penganut Hindu yang boleh aku bertanyakan perihal agama
mereka. Sedari kecil dibesarkan hanya dengan sangkaan-sangkaan yang meliar
tentang ritual dan makna di sebalik ritual dari agama yang satu ini.
Buku ini sedikit sebanyak membuka satu pintu yang
membolehkan aku untuk meluaskan minat dalam mengenali dan mendekati tradisi
lain dari Islam. Sedang dalam Islam sendiri yang rencam fahaman, tradisi dan
mazhab yang belum tentu habis untuk diterokai.
Penulisan yang baik dari seorang bukan Melayu,
malah sangat baik. Lebih baik dari sesetengah penulis Melayu itu sendiri,
sedang kenyataan ini pasti menjemput rasa segan dan malu kerana menjadi orang
yang bertutur seharian dan saling tidak lekang penulisan dalam bahasa ini
sendiri masih terasa ada kurangnya berbanding dengan penulisan dari saudara
Uthaya.
Hanya kerana susah untuk mencari karya-karya
beliau,
belum aku jumpa untuk mencari buku-bukunya yang lain.
Penulis yang bagus dan menulis buku yang terlebih
bagus.
Abu Hurairah (12 Oktober 2018)
Apabila saya
sedang membelek buku ini, tajuk-tajuk mengenai agama Hindu banyak dilampirkan.
Saya pula seorang yang meminati bidang pengkajian tentang agama-agama di dunia.
Oleh kerana itu, tak hairanlah saya merasa tertarik untuk membaca buku ini.
Malah ia ditulis dalam bahasa Melayu dan pengarangnya pula seorang penulis
berbangsa India yang terkenal dalam dunia kesusteraan Melayu Malaysia.
Jarang kita
dapat jumpa bahan bacaan tentang agama lain ditulis dalam bahasa Melayu dan
penulisnya pula non malay muslim.
Lalu tanpa fikir panjang, saya terus membeli buku ini dengan harapan apabila
saya membaca buku ini kelak, sedikit sebanyak pengetahuan saya tentang agama
lain dapat ditingkatkan lagi.
Ya saya akui, penjelasan beliau mengenai agama Hindu,
kepercayaan mereka dan falsafah di sebalik Hinduisme itu sendiri dipersembahkan
dengan tutur kata yang kemas, cermat dan padat. Bukan sahaja agama Hindu, tapi
agama agama lain seperti Buddhisme dan Sikhisme juga dijelaskan dengan cara
yang sama. Lenggok bahasanya bagus dan beliau berjaya menjelaskan sesuatu yang
kompleks dalam falsafah kepercayaan Hinduisme kepada bahasa yang mudah untuk
kefahaman orang awam.
Tetapi apabila masuk tentang hal hal orang Melayu,
secara jujurnya saya berasa agak kurang senang. Saya tidak ada masalah untuk
berbeza pendapat, tetapi pendapat tersebut harus disertai dengan hujah yang
kukuh dan jujur dalam membentangkan pendapat tersebut. Saya merasakan ada
sesuatu yang tidak kena apabila beliau memetik kata kata AB Sulaiman yang
memang keras mengkritik orang Melayu dan konsep Melayu itu sendiri.
Saya tidak tahu
mengapa Uthaya bersikap agak provokatif dalam topik berkenaan Melayu. Pada
beliau rasionalnya mudah, ini semua untuk perbincangan ilmiah semata mata.
Apabila dihujani dengan respon2 yang beliau rasakan “negatif”, semua ini
dianggap hujah kurang matang, tidak didasari bukti2 kukuh dan emosional semata-mata.
Lalu beliau membuat kseimpulan yang puak2 ini memang menepati ciri-ciri negatif
Melayu yang diutarakan oleh AB Sulaiman seperti bodoh sombong, kurang akal dan
sebagainya.
Mohd Sufian (23 September 2017)
Pengenalan
kepada budaya Hindu dan perbincangan pemikiran Melayu. Dua dalam satu.
Makalah Utahaya Sankar ini merupakan penerangan
beliau pada pembaca akan makna di sebalik ritual-ritual dalam agama Hindu dan
juga kebudayaan orang India. Daripada konsep ketuhanan kepada penggunaan kumkumma.
Perbincangan akan pemikiran Melayu pula adalah
ulasan penulis akan fenomena orang Melayu di Malaysia dimomokkan dengan
kehilangan ketuanan, dan tercemarnya Islam oleh perlakuan orang bukan Islam.
Keluhan penulis pada bab “Memahami Minda Melayu” amat tepat. Akan tetapi, permasalahan
yang diulas; pemikiran bersandarkan emosi, lompat pada konklusi dan penggunaan
falasi logik berlaku across all ethnic
groups dalam dan luar Malaysia. Kesan kurang pendedahan ilmu logik (mantik)
agaknya.
Isi buku sesuai untuk sesiapa yang berminat nak
tahu akan agama selain agama sendiri. Tidak sesuai untuk mereka yang cepat
tersinggung hanya daripada pembacaan tajuk penulisan sahaja.
Nazmi Harith (2 April 2018)
A very great
book to understand the basics of the three “big” religions in Malaysia. Uthaya
have been attacked and accused of many ultra-Malays for being a pro-Hindu and
Indian nationalist. But from his essays in this book, you will understand his
ideas with facts and figures and what he really meant. I believe every
Malaysian should read this book to have a better understanding among ourselves
as Malaysian.
Syed Muhammad Danial (5 Oktober 2022)
Uthaya seorang
penulis keturunan India dan beragama Hindu serta fasih dan pandai menulis dalam
bahasa Melayu. Buku ini merupakan catatan dan tulisan beliau mengenai masyarat
India, kebudayaan Hindu dan Tamil serta sejarah Malaysia dari perspektif
berlainan selain daripada golongan majoriti.
YJ Tan (15 Januari 2020)
Aku dah hidup
32 tahun di Malaysia dan sangat malu untuk mengaku betapa ceteknya pengetahuan
aku mengenai agama Hindu. Dari pengalaman aku sendiri dengan orang sekeliling
sepanjang aku membesar memang banyak sangat prejudis terhadap agama ini.
Jujurnya kita selalu melatah apabila orang tidak menghormati agama kita, dan
sedar tak sedar kita sendiri tidak pernah ambil inisiatif untuk belajar dan
meahami agama dan budaya orang. Kita nak orang faham dan hormat agama dan
budaya kita, tapi kita sendiri tak nak faham dan hormat agama dan budaya orang.
Kita selalu terlupa yang respect is to be
earned, not given. Buku ini adalah permulaan yang baik untuk lebih memahami
mengenai agama Hindu dan amalan2 di dalamnya.
Apa yang membuatkan aku agak bosan ketika membaca
buku ini adalah apabila penulis membincangkan mengenai isu Melayu, hak Melayu,
dan sebagainya. Bukan aku tidak bersetuju atau offended dengan kenyataan beliau, tapi lebih kepada isu itu tak
menarik minat aku langsung.
The world is full with so much shit that
the least thing I would care right now is whether Malay race is really exist or
“hak ketuanan Melayu
tercabar atau tidak”. lLke seriously……
there are other things more important in my mind right now. Tambahan pula
banyak ayat2 yang ditulis secara berulang2, kadang2 sehingga 3-4 kali penulis
menyatakan benda yang sama.
Secara keseluruhannya, ia adalah bahan bacaan yang
baik dan banyak memberikan maklumat baru pada aku. Markah tinggi aku bagi untuk
penulisan dalam bahasa Melayu penuh yang menggunakan ayat2 level Dewan Bahasa dan Pustaka.
NaniM (6 Mei 2016)