Nabi Muhammad terkesima sewaktu Zayd ibn Harithah memberitau bahawa dia sedia menceraikan isterinya, Zaynab binti Jahsh. Dengan itu, bolehlah Muhammad secara sah mengambil Zaynab menjadi isteri ketujuh.
Kisah melibatkan Muhammad, Zayd, dan Zaynab memang amat menyentuh jiwa umat Islam di seluruh dunia. Emosi yang terkandung di dalamnya umpama filem Hindi lakonan Shah Rukh Khan dan Salman Khan.
Saya merujuk terjemahan sahih kalamullah (Quran), hadis sahih seperti Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab Sahih Muslim, dan Kitab Sunan Abu Dawud, serta Tafsir al-Tabari dan Tarikh ur-Rusul wal-Muluk oleh Ibnu Thabari yang merupakan pengijtihad dan pemikir Muslim yang disegani.
Semasa Zayd ibn
Harithah masih kanak-kanak, dia diculik dan dijual sebagai hamba.
Kanak-kanak itu dibeli dan dihadiahkan kepada Khadija binti Khuwaylid, seorang
usahawan wanita yang sangat disegani di Mekah.
Sempena perkahwinan dengan Muhammad, Khadija menghadiahkan Zayd kepada suaminya. Muhammad pula amat kasih dan sayang akan remaja itu.
Pada tahun 625, Rasulullah sendiri mengusulkan kepada Zaynab supaya berkahwin dengan Zayd. Sayangnya, hubungan mereka sebagai suami-isteri hanya bertahan sekitar setahun.
Allah meminta Muhammad menikahi Zaynab. Peristiwa bersejarah ini menjadi syarat dan panduan (sunah) bagi mana-mana lelaki Muslim yang mahu mengahwini bekas isteri kepada anak angkat mereka.
Makalah penuh boleh dibaca dalam kumpulan esei Suvarna Bhumi (2022). Nota: Ditulis sebelum saya “tinggalkan” Islam - [baca di sini]
Baca juga — Mendalami Quran: Catatan 1 — Mendalami Hadis: Catatan 1 — Catatan Quran 2: Cinta Muhammad dan Zayd — Catatan Hadis 2: Muhammad, Balu, dan Janda — Tuhan dalam Quran dan Bhagavad Gita — Mengapa Rasulullah Perintah Anjing Dibunuh? — Mengapa Allah Haramkan Babi? — Apabila Langit Terbelah; Allah Bersajak — Hadis Palsu Lemahkan Orang Melayu — Perlunya Dialog Antara Agama.