3 Jun 2021

Bual Bicara Bhagavad Gita


Sesi Bual Bicara Bhagavad Gita yang diatur ini bukan sesi keagamaan; sebaliknya sesi perkongsian ilmu berkaitan buku penceritaan semula Bhagavad Gita dalam Bahasa Malaysia.

Sesi ilmu ini dibuka kepada umum tetapi terhad kepada peserta berdaftar sahaja.

Tarikh: 19 Jun 2021 (Sabtu)

Masa: 9.00 malam – 11.00 malam

Pelantar: Google Meet

Pengantar: Bahasa Malaysia

Umur peserta: Minimum 17 tahun

Tarikh tutup: 17 Jun 2021 (9:00 malam)

Individu yang sudah memiliki dan membaca buku Bhagavad Gita (2021) dialu-alukan mengambil bahagian. Individu yang belum berpeluang membaca buku berkenaan juga digalakkan menjadi peserta.

Cara untuk menyertai sesi Bual Bicara Bhagavad Gita:

1. Kirim nama penuh (nama sebenar) bersama-sama perkara (2) ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum pukul 9:00 malam, 17 Jun 2021 (Khamis).

2. Wajib kemukakan minimum satu soalan/topik untuk dibincangkan semasa sesi. Kirim soalan/topik menerusi WhatsApp semasa mendaftar. Soalan boleh ditujukan kepada Uthaya Sankar SB selaku individu yang melakukan penceritaan semula Bhagavad Gita (2021), tetapi apa yang lebih digalakkan adalah soalan/topik yang boleh dibincangkan bersama oleh para peserta sesi.

3. Tunggu pengesahan pendaftaran menerusi mesej WhatsApp.

4. Pautan (link) bagi Google Meet akan dikirim menerusi WhatsApp sekitar 15 minit sebelum sesi bermula pada 19 Jun 2021.

5. Peserta perlu bersedia untuk terlibat secara aktif sepanjang sesi. Pemerhati dan pemantau senyap tidak diperlukan.

Harap maklum bahawa sesi Bual Bicara Bhagavad Gita dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa-bahasa lain dibenarkan secara minimum dan hanya jika perlu.