Tarikh: 3 April 2021 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 10.00 malam
Platform: Google Meet
Pengeras: RM20
Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:
1. Anda membayar pengeras RM20 (tidak dikembalikan) ke akaun 8002429656 (Uthaya/CIMB) sebelum 28 Mac 2021
(9:00 malam).
2. Anda mengirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952: Nama Penuh, Tarikh Bayaran, Masa Bayaran sebelum 28 Mac 2021
(9:00 malam).
3. Anda menulis bahagian awal (bukan keseluruhan) sebuah cerpen baharu
dan asli sepanjang 100 perkataan (minimum) hingga 200 perkataan (maksimum) sahaja
menggunakan Microsoft Word. Ingat: Ini hanya permulaan cerpen,
bukan keseluruhan cerpen.
4. Jika manuskrip anda sudah dibincangkan
pada Sesi Bedah Manuskrip Cerpen
(6 Februari 2021) atau Sesi Bedah Manuskrip
Cerpen 2 (6 Mac 2021), maka anda boleh (jika mahu) menyambung
cerita dan kirim bahagian terbaharu sahaja. Panjang bahagian sambungan yang
dikirim adalah minimum 100 perkataan
dan maksimum 200 perkataan. Ingat: Jangan kirim Bahagian 1 + Bahagian 2 + Bahagian 3.
5. Anda wajib menyemak manuskrip anda
dengan teliti bagi memastikan tidak ada kesalahan bahasa.
6. Anda mengirim manuskrip cerpen itu (100–200
perkataan sahaja) ke uthayasb@gmail.com
sebagai lampiran (attachment) sebelum
28 Mac 2021
(9:00 malam). Manuskrip yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak akan dilayan.
7. Tema cerpen adalah bebas tetapi jangan
buat saya menguap, mengantuk, dan tertidur membaca cerita yang anda tulis. (Jika
anda memilih tema klise, cuba sampaikan dengan cara yang tetap menggoda.)
8. Anda akan menerima pengesahan daripada
saya mengenai penerimaan bayaran (pengeras) dan manuskrip cerpen.
9. Saya akan menyemak aspek tatabahasa
(ejaan, tanda baca, imbuhan, dan sebagainya) dan mengirim kembali manuskrip
kepada anda menerusi e-mel sebelum 30 Mac 2021. (Langkah ini bagi memastikan
kesalahan bahasa tidak perlu lagi dibincang semasa sesi berlangsung.)
10. Anda wajib membuat pembetulan tatabahasa
dan mengirim semula manuskrip berkenaan ke uthayasb@gmail.com
sebagai lampiran (attachment) sebelum
1 April 2021
(9:00 malam).
11. Pada 2 April 2021, kesemua manuskrip akan
dikirim kepada anda untuk dibaca. Sila hormati hak cipta dan hak moral; jangan
kongsi karya dengan orang luar.
12. Pada 3 April 2021, sekitar 7:50
malam, anda akan menerima pautan (link)
undangan menerusi WhatsApp untuk
menyertai sesi Google Meet.
13. Anda wajib mencetak manuskrip cerpen anda sendiri dan sediakan pen untuk
mencatat nota sebelum
mendaftar masuk bagi sesi di Google Meet.
(Tidak perlu mencetak manuskrip peserta lain.)
14. Manuskrip cerpen anda akan dibedah,
dikritik, dikomen, diulas, dan dibincangkan pada sesi. Saya akan memberi
saranan ke arah menjadikan cerpen anda sebuah karya bermutu. Peserta lain juga
akan berkongsi pandangan kerana sudah membaca manuskrip berkenaan. Ingat: Individu yang tidak mahu
dikritik tidak layak menyertai
mana-mana sesi bimbingan yang saya kendalikan.