Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Tasik Taman Jaya, Jalan Timur, Petaling Jaya
Dalam sesi Bicara Karya Klasik India, perbincangan adalah berkaitan karya-karya klasik India, dengan tumpuan kepada buku-buku Hanuman: Suara Hati (2013), Thirukural dan Megha Duta (2018), Ramayana dan Mahabharata (2019), serta Vetalam dan Vikramaditya (2020). [Maklumat buku di sini]
Peserta sewajarnya tahu mengenai karya-karya klasik yang diangkat sebagai topik perbincangan; walaupun tidak semestinya sudah membaca kesemua buku yang dinyatakan di atas.
Ini bukan sesi “membawang” atau sesi untuk membincangkan topik-topik lain yang tidak berkaitan dengan topik perbincangan. Ini juga bukan sesi untuk mana-mana individu bercerita panjang-lebar tentang pengalaman hidupnya semasa PKP atau cabaran yang dihadapi sebagai penulis. (Sila atur sendiri sesi lain untuk topik-topik seumpama itu.)
Sebagai langkah berjaga-jaga susulan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyertaan dihadkan kepada maksimum 10 orang sahaja dan setiap peserta wajib mematuhi segala peraturan berkaitan PKP.
Hanya peserta berdaftar dibenarkan menyertai sesi Bicara Karya Klasik India.