“Forum Mempertahankan Agama Minoriti”
dan “Forum
Mengenai Agama Minoriti” ternyata mendapat perhatian
serta menarik minat orang ramai; termasuk pengunjung blog saya secara
berterusan.
Saya sering menulis esei mengenai agama-agama minoriti –
khususnya Hinduisme – dalam usaha membantu
memupuk pemahaman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, keturunan, etnik, agama dan
kepercayaan di Malaysia.
“Konvoi Rumah Ibadat” pula dianjurkan
oleh Kavyan sejak tahun 2010 dan mendapat
sambutan daripada orang ramai; khususnya remaja dan belia.
Saya bercadang menganjurkan “Forum Agama-agama Minoriti di
Malaysia” untuk membuka ruang dan peluang kepada orang ramai berbincang,
berbual, mengenali dan memahami sejarah, ajaran, falsafah dan keunikan agama-agama
minoriti yang terdapat di Malaysia.
Forum dijadualkan pada 2 Disember 2017 (Sabtu), 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, sekiranya mendapat
sambutan dan komitmen daripada minimum 10 orang. Lokasi forum bergantung kepada
pilihan para peserta sendiri. Mungkin juga sebuah rumah ibadat atau rumah salah
seorang peserta boleh dijadikan tempat forum.
Kemas kini - Forum akan diadakan di pejabat Projek Dialog (Petaling Jaya).
Kemas kini - Forum akan diadakan di pejabat Projek Dialog (Petaling Jaya).
Sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej Facebook
selewat-lewatnya pada 15 November 2017 jika anda berminat untuk
terlibat sama dalam majlis ilmu ini; sama ada sebagai panel atau peserta.