Orang ramai dipelawa menulis ulasan cerpen untuk dimuatkan di blog ini, berdasarkan garis panduan
berikut:
1. Pilih hanya sebuah cerpen
dari salah satu buku ini: Rudra Avatara
(2008), Kathakali (2009), Kisah Dari Siru Kambam (2013) atau Pulau Pendatang (2015).
2. Ulasan
mestilah berkaitan unsur budaya India dalam cerpen berkenaan.
3. Panjang ulasan
adalah minimum
100 perkataan, dan maksimum 200 perkataan.
4. Jangan masukkan
petikan daripada cerpen dalam ulasan. Jika
dimasukkan, maka petikan cerpen itu tidak tidak boleh dikira semasa menghitung
panjang ulasan.
5. Jangan sekadar
memetik contoh-contoh dari cerpen, sebaliknya ulas aspek budaya India yang
terdapat dalam cerpen berkenaan.
6. Ulasan
mestilah sesuai untuk bacaan masyarakat pelbagai kaum, serta menyumbang
ke arah membantu khalayak memahami aspek budaya kaum India di Malaysia.
7. Ulasan boleh
ditulis menggunakan Bahasa Malaysia atau Inggeris.
8. Setiap orang
boleh mengirim satu
ulasan sahaja, dan bagi satu cerpen sahaja.
9. Ulasan
mestilah asli
tanpa sebarang unsur yang menjadikan tulisan itu tidak asli. Pastikan anda
sendiri yang menghasilkan ulasan itu.
10. Ulasan perlu
dikirim ke uthayasb@yahoo.com.my
secara lampiran
(attachment).
11. Tarikh akhir:
30 Jun 2017.
12. Catatkan nama penuh, alamat pos, nombor telefon
dan e-mel di akhir ulasan.
13. Setiap
individu yang mengirim ulasan akan menerima cenderamata berupa senaskhah buku Malaiur Manikam (2015) dan senaskhah buku
Mandala Bicara (2016).
14. Hak Cipta
dipegang oleh masing-masing penulis ulasan berkenaan, dan Uthaya Sankar SB diberikan hak menyiarkan
ulasan berkenaan di blog ini.
15. Ulasan yang tidak senonoh
tidak akan dipertimbangkan.
Hubungi uthayasb@yahoo.com.my
sebelum 29 Jun 2017 jika ada
sebarang pertanyaan.