15 May 2017

Reaksi Khalayak Terhadap Esei Raja Rajeswari


Selepas tersiar esei bertajuk “Kolonialisme dan Etnosentrisme: Suatu Retrospeksi Penulis India Malaysia” tulisan Raja Rajeswari Seetha Raman dalam majalah Dewan Sastera (April 2017), saya memberikan reaksi terhadap data palsu dan fakta rekaan yang termuat dalam esei berkenaan – baca di sini.

Pada masa sama, selepas isu itu dipaparkan di media sosial (khasnya Facebook), ramai orang tampil memberikan reaksi, komen dan pandangan terhadap kandungan esei berkenaan.


Maka, saya memutuskan untuk membuat satu kajian yang lebih akademik dan sistematik dengan memanfaatkan Teori Penerimaan (Reception Theory) yang dipelopori Stuard Hall, dan pendekatan aberrant decoding yang diperkenalkan oleh Umberto Eco.

Bagi tujuan itu, mulai 1 April 2017, saya berusaha mengenal pasti sejumlah individu yang bersedia menjadi responden. Hasil komunikasi secara peribadi, akhirnya sejumlah 120 orang menyatakan kesediaan.

Pada masa sama, saya merangka borang soal selidik dengan memanfaatkan ilmu penyelidikan yang dipelajari di Universiti Malaya (1993-1998) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (1998-1999). Saya mahu memastikan borang soal selidik itu boleh diisi dengan mudah oleh para responden, merangkumkan segala maklumat yang ingin dikumpul, serta data terkumpul boleh dianalisis secara mudah. 
Borang soal selidik dikirim kepada para responden pada 20 April 2017 dan mereka diberikan masa hampir 25 hari – iaitu sehingga 15 Mei 2017 – untuk mengisinya. Memandangkan kesemua responden sudah menyatakan persetujuan sejak awal, maka tidak timbul isu mana-mana individu tidak mengisi/memulangkan borang soal selidik.

Pecahan 120 responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Jumlah Responden yang Mengisi Borang Soal Selidik
Kelompok Penulis
Kelompok Pembaca
Melayu
India
Cina
Lain
Melayu
India
Cina
Lain
15
15
15
15
15
15
15
15

Nota: Kategori “Lain” merujuk kepada kaum-kaum selain Melayu, India dan Cina. Kesemua responden adalah warganegara Malaysia.

Saya kini sedang dalam proses menganalisis data yang terkumpul menerusi borang soal selidik. Hasil analisis dipaparkan di blog ini pada 1 Jun 2017  [BACA DI SINI]