Istilah crowdfunding
merujuk kepada usaha mengumpulkan dana daripada orang ramai bagi menjayakan
sesuatu projek atau aktiviti.
Bagi menjayakan impian menerbitkan buku kumpulan esei Mandala
Bicara, saya menggunakan pendekatan crowdfunding yang sebenarnya turut saya gunakan bagi menjayakan
penerbitan Rudra Avatara (2008), Kathakali (2009), Panchayat: Edisi Khas (2012), Kisah
Dari Siru Kambam (2013), Hanuman: Suara
Hati (2013), Pulau Pendatang
(2015) dan Nari! Nari! (2015).
[Maklumat buku-buku DI SINI]
Istilah yang saya gunakan adalah “modal sosial” (social capital). Modal yang terkumpul
digunakan untuk menampung sebahagian kos mencetak buku.
Senarai nama para penyumbang
yang tampil membuat tempahan awal berbayar (paid
pre-order) dicetak dalam buku sebagai tanda penghargaan.
Bagi buku Mandala Bicara, senarai penyumbang boleh
dirujuk DI
SINI. Terima kasih kepada para penyumbang budiman yang
membantu usaha memastikan bahan bacaan bermutu dapat dihasilkan untuk bacaan
orang ramai.