Nadairajam (69
tahun) dari Parit Buntar, Perak, kurang stabil dari segi mental sejak usia
muda. Beliau kehilangan ibu bapa semasa kanak-kanak, lalu dijaga ibu
saudaranya, Jannaki (75 tahun).
Lelaki ini hanya
belajar hingga Tingkatan 2. Masalah kesihatan menyebabkan dia tidak dapat
bekerja, dan bergantung sepenuhnya kepada Jannaki.
Mereka berdua pemegang kad pengenalan merah, dan
berdepan pelbagai masalah. Misalnya, apabila ke hospital kerana sakit, atau
untuk mendapatkan bantuan kebajikan.
Berkat bantuan pegawai DHRRA Malaysia, mereka berdua berjaya
mendapatkan kad pengenalan biru, sekali gus mengiktiraf mereka sebagai
warganegara Malaysia.
“Selama ini, saya amat risau memikirkan nasib Nadairajam.
Sekarang, selepas ada kad pengenalan biru, saya akan minta pegawai DHRRA Malaysia tolong bantu urusan mendapatkan bantuan kebajikan,” kata Jannaki
dengan lega dan penuh syukur pada Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di
Parit Buntar, Perak pada 28 Ogos 2016.
Sekiranya anda
mengenali sesiapa yang menghadapi masalah dokumen pengenalan diri – seperti sijil
kelahiran, kad pengenalan, sijil kewarganegaraan, sijil anak angkat, atau pendaftaran
perkahwinan – sila hubungi DHRRA Malaysia untuk nasihat dan bantuan.
Anda juga boleh
menghubungi saya menerusi uthayasb@yahoo.com.my atau 016-3288142 atau www.facebook.com/uthaya untuk menyalurkan maklumat.
Paparan ini adalah di bawah program #MerdekaPertamaKu
yang meraikan individu yang baharu menerima dokumen pengenalan diri. Baca juga - Impian Karthik