“Kalau Saya Seorang Jutawan”
Tajuk karangan
yang tidak pernah saya pilih sejak sekolah rendah!
Isi karangan
biasanya sangat skema: Sejumlah wang untuk ibu bapa, sejumlah wang untuk
membeli barangan yang diimpikan, sejumlah wang untuk rumah anak yatim, sejumlah
wang disimpan di bank.
Saya tahu karangan itu penipuan semata-mata.
Hanya imaginasi bagi seorang kanak-kanak miskin seperti saya.
Kini, apabila melihat betapa komuniti
akar-umbi pelbagai kaum memerlukan bantuan, saya sering berfikir: Kalaulah
Saya Seorang Jutawan ...
Namun, saya sedar bahawa saya tidak mungkin
menjadi seorang jutawan. Dan sebenarnya, saya tidak perlu menjadi jutawan untuk
membantu.
Saya selalu memberitahu rakan-rakan bahawa saya
mahu menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan. Saya mahu
membantu bukan kerana saya kaya, tetapi saya pernah merasai kehidupan serba
kekurangan.
Sejak beberapa tahun lalu, ramai individu
budiman tampil menghulurkan sumbangan ikhlas untuk membantu menjayakan pelbagai
projek komuniti yang dijalankan oleh Kavyan – CONTOH – CONTOH – CONTOH.
Baca juga - Tabung Projek Komuniti Kavyan
Baca juga - Tabung Projek Komuniti Kavyan
Jika anda melihat foto kanak-kanak, remaja,
orang dewasa dan warga emas menerima sumbangan dan bantuan daripada wakil Kavyan, ketahuilah
bahawa senyuman pada wajah mereka lahir berkat sumbangan ikhlas para dermawan.
Doa saya: Semoga
para dermawan dan keluarga mereka sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.