Monday, 15 August 2016

Bantulah Wanita Luar Bandar

Bengkel Memperkasa Wanita Aulong Lama akan berlangsung pada 25 September 2016 di Taiping, Perak.

Rata-rata peserta merupakan wanita (suri rumah, ibu tunggal, andartu) berpendidikan rendah. [Maklumat di sini]

Semasa bengkel ini, Kavyan bercadang memberikan sedikit sumbangan untuk memotivasikan mereka.

Bagaimanapun, sumbangan bergantung kepada kesudian rakan-rakan budiman menghulurkan bantuan. [Kalau Saya Seorang Jutawan]

DHRRA Malaysia menyumbangkan makan tengah hari dan sijil. Keluarga Kavyan menyumbangkan tenaga dan kepakaran. Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama menyumbangkan tempat dan tenaga.

Jika anda sudi memberikan sumbangan – barangan atau wang untuk membeli barang – sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej menerusi www.facebook.com/uthaya atau talian 016-3288142.

Anda juga boleh menyumbang dengan membeli buku - [Maklumat Di Sini] - [Tabung Projek Komuniti Kavyan]

Nama penyumbang hanya akan dipaparkan di Facebook dan blog jika diberikan izin. Anda juga boleh menyumbang dengan membeli buku - [Maklumat Di Sini]