Benarkah Sekolah Kebangsaan (SK) sudah menjadi lubuk perkauman dan medan Islamisasi, serta menimbulkan pertembungan antara ibu bapa Islam dan Bukan Islam?
Menurut
laporan Free Malaysia Today (5 Ogos 2016), sasaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Kementerian Pendidikan 2013-2025 untuk menarik lebih
ramai pelajar kaum Cina dan India ke SK mungkin gagal kerana lebih ramai ibu
bapa merancang mendaftarkan anak mereka di sekolah jenis kebangsaan
(vernakular) atau swasta.
Walaupun Menteri
Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan sekolah aliran Cina (SJKC)
tidak mungkin menggantikan SK menjadi sekolah arus perdana (Free Malaysia Today, 7 Ogos 2016), Dr Teo Kok Seong
mengulas hakikat “pentadbiran SK yang didominasi satu kaum” menjadi salah satu
faktor ibu bapa kaum India dan Cina kurang berminat menghantar anak-anak ke SK.
SK juga dikatakan “terlalu Islam” dan “ibu bapa Bukan Islam tidak selesa dengan rakaman audio yang membacakan
lagu-lagu agama semasa perhimpunan” (Free
Malaysia Today, 5 Ogos 2016).
Sering
kali kita mendengar hujah pejuang Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bahawa murid-murid Tamil dianaktirikan, terabai dan
tidak diberikan peluang oleh guru-guru “kaum lain” (Melayu) untuk cemerlang dalam
kurikulum dan kokurikulum.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan – dan saya turut akui – adalah penularan sentimen perkauman yang
nampaknya disuntik secara halus oleh kelompok lepasan Biro Tatanegara (BTN).
Ada kelompok guru yang menjadi agen perosak perpaduan antara kaum.
Mungkin ada banyak lagi kelemahan dan isu di SK yang menjadi
punca ibu bapa kaum Cina, India dan sebagainya kurang berminat menghantar
anak-anak ke SK.
[Lihat juga - Kelemahan di SJKT]
Jika anda merupakan bekas murid SK – atau anak anda
sedang/pernah belajar di SK – maka anda diberikan peluang berkongsi maklumat
dengan mengisi Borang Dalam Talian sebelum 30 September 2016.
Maklumat diri anda (nama, nombor telefon) perlu dinyatakan pada
borang; tetapi tidak akan didedahkan –
seperti mana dalam isu Kelemahan Di SJKT. Borang tanpa
maklumat diri tidak akan dilayan.
Sila
KLIK DI SINI untuk berkongsi maklumat
mengenai kelemahan di SK. Komen-komen terpilih akan disiarkan di blog – tanpa mendedahkan
identiti pemberi maklumat.