29 Aug 2016

Hidup dalam Penafian


Apabila saya mendedahkan 10 kelemahan SJKT menerusi sebuah makalah (12 Januari 2016), Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menegaskan, “Tidak ada satu pun kes seumpama itu berlaku di SJKT.

Penyelaras PTST, Dr NS Rajendran pula bertanya, “Apakah Uthaya tidak tahu tentang kejayaan murid-murid SJKT?


Kini, apabila didedahkan realiti masih ada kanak-kanak kaum India tidak dapat ke sekolah kerana masalah sijil kelahiran, Kamalanathan menegaskan, “Tidak ada satu pun kes seumpama itu berlaku di SJKT”.

Mungkin Rajendran pula akan bertanya, “Apakah Uthaya tidak tahu tentang kejayaan murid-murid SJKT?”

Mereka ada dua pilihan bijak:

1) Mengesahkan bahawa jawapan mereka tetap sama (seperti di atas) bagi kes kanak-kanak kaum India tidak dapat ke sekolah kerana masalah sijil kelahiran. Maka, saya akan minta ibu bapa terbabit membawa anak-anak mereka ke pejabat Kamalanathan dan Rajendran.

2) Mengaku bahawa memang wujud kes kanak-kanak kaum India tidak dapat ke sekolah kerana masalah sijil kelahiran. Maka, kita boleh sama-sama berusaha mencari penyelesaian terbaik dengan membawakan isu penting ini kepada perhatian kerajaan.


Sekiranya anda mengenali kanak-kanak yang tidak dapat pergi ke sekolah kerana masalah sijil kelahiran, sila hubungi DHRRA Malaysia untuk nasihat dan bantuan.



Anda juga boleh menghubungi saya menerusi uthayasb@yahoo.com.my atau 016-3288142 atau www.facebook.com/uthaya untuk menyalurkan maklumat.

Jangan lupa impian Rajendran mahukan 15,000 kanak-kanak masuk ke Tahun 1 di SJKT pada Januari 2017 (Makkal Osai, 17 Ogos 2016).

Jangan pula ada kanak-kanak yang tidak dapat ke SJKT kerana masalah sijil kelahiran! Sementara itu, baca kisah seorang kanak-kanak yang tidak dapat ke sekolah kerana masalah sijil kelahiran -- Mereka Telah Merdeka. Ini bukan kisah rekaan!