5 Feb 2016

Hadiah Buku Untuk 10 Orang

Sempena International Book Giving Day (14 Februari 2016), saya [Uthaya Sankar SB] mahu menghadiahkan buku kepada sepuluh (10) orang rakyat Malaysia. ANDA yang akan mencadangkan siapa yang harus menerima hadiah berkenaan.

Apa yang perlu anda lakukan:

(1) Fikirkan seorang individu (bukan diri sendiri!) yang gemar membaca buku Bahasa Malaysia. Individu berkenaan boleh jadi ahli keluarga, saudara-mara atau sahabat-handai. Mestilah beralamat di Malaysia.

(2) Fikirkan buku mana yang paling sesuai dihadiahkan kepada individu berkenaan: Rudra Avatara (2008), Panchayat: Edisi Khas (2012), Kisah Dari Siru Kambam (2013), Pulau Pendatang (2015) atau Nari! Nari! (2015).

(3) Fikirkan alasan/sebab mengapa individu berkenaan layak/sesuai menerima hadiah buku berkenaan. (Panjang alasan 40-80 patah perkataan sahaja dan menggunakan Bahasa Malaysia sahaja.)

(4) Dapatkan nama penuh, alamat pos dan nombor telefon individu berkenaan.

(5) Isi borang pencalonan – KLIK DI SINI.

Pastikan borang diisi sepenuhnya dengan tepat sebelum dihantar.

Sepuluh (10) menerima buku akan diputuskan berdasarkan alasan/sebab yang anda berikan.

Tarikh tutup pada 9 Februari 2016, pukul 7:00 malam.

Buku akan dikirim melalui pos pada 10 Februari 2016 ke alamat yang dinyatakan pada borang.


Keputusan senarai penerima hadiah buku adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.