Monday, 25 February 2013

Ridhuan Tee - Tamil Nesan

Berita berdasarkan kenyataan media bertajuk “Ridhuan Tee Perlu Didakwah” disiarkan di akhbar Tamil Nesan pada 25 Februari 2013. Berikut adalah ringkasan berita berkenaan:
 
Ridhuan Tee Perlu Didakwah: Cadangan Uthaya Sankar
 
Pakar bahasa serta perunding media, motivasi dan penerbitan, Uthaya Sankar SB mencadangkan supaya pendakwah, Ridhuan Tee Abdullah (Tee Chuan Seng) didakwah (diberikan pendidikan agama Islam) berikutan rencana bertajuk “Kesabaran umat Islam ada had yang ditulisnya di akhbar Sinar Harian pada 18 Februari 2013.
 
Menurut Uthaya, walaupun wakil akhbar Sinar Harian sudah memohon maaf pada 22 Februari 2013 berikutan penyiaran rencana itu, Chuan Seng belum memohon maaf.
 
Uthaya juga berharap akhbar Sinar Harian akan kekal sebagai akhbar yang disenangi dan menjadi pilihan pembaca pelbagai kaum, agama dan pegangan politik.
 
“Saya tidak meminta Sinar Harian dan media lain memulaukan Chuan Seng; sebaliknya menggesa orang ramai berhati-hati terhadap penyebaran anasir-anasir jahat yang cuba mengugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama,” katanya. Chuan Seng juga perlu memohon maaf kepada umat Islam kerana tulisannya pada 18 Februari 2013 memberi imej negatif mengenai orang Melayu dan Islam.