22 Feb 2013

Kisah Sehelai Sari


[Pada Januari 2011, suatu cadangan dikemukakan di Rumah Gapena supaya kemasukan filem-filem Hindi ke Malaysia disekat serta-merta. Mungkinkah pemakaian sari oleh para pelakon jelita menjadi puncanya?]

Suatu sumber paling mudah untuk menyaksikan pelbagai sari yang yang diperagakan pula dengan pelbagai gaya yang menawan adalah menerusi filem-filem Tamil dan Hindi.

Semasa perhimpunan besar-besaran di Rumah Gapena pada 15 Januari 2011, ada seorang tokoh bijak bestari mencadangkan supaya kemasukan filem Hindi ke Malaysia disekat sebagai “pengajaran” kepada kaum India di negara ini – BACA DI SINI.

Mujurlah cadangan terlebih bijak itu tidak dilaksanakan. Jika tidak, tentu masyarakat umum – khususnya kaum Melayu sendiri – yang tergila-gila akan filem Hindi tidak berpeluang menikmati lagu, tarian, busana dan pelakon yang kacak/jelita beraksi di layar perak atau kaca televisyen.

Cadangan sekatan kemasukan filem Hindi itu dikemukakan di tengah-tengah kehangatan perhimpunan yang diadakan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan puluhan NGO Melayu, khusus untuk “mempertahankan” novel Interlok daripada “diubah walau sepatah perkataan” apabila dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) dahulu.

Sepertimana kita sedia maklum, kemasukan filem-filem Hindi dari India masih berterusan dan saya yakin seratus peratus bahawa rata-rata kumpulan yang bersorak riang menyokong penuh cadangan “bijak” pada 15 Januari 2011 masih menjadi peminat tegar filem Hindi. Sekali gus, mereka berpeluang melihat pelbagai jenis sari yang diperagakan pelakon yang seksi dan jelita. -- Baca makalah penuh di Mandala Bicara.

Baca juga -- Pemakaian Sari Dalam Kalangan Wanita Tamil.

[Makalah ini ditulis semula pada 19 Januari 2013 dan disiarkan di Roketkini pada 27 Januari 2013. © Uthaya Sankar SB 1996, 2002, 2013. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini serta segala kandungan di Blog Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.]