Thursday, 13 December 2012

The Borrowers

Mary Norton menghasilkan siri novel fantasi kanak-kanak The Borrowers (1952), The Borrowers Afield (1955), The Borrowers Afloat (1959), The Borrowers Aloft (1961) dan The Borrowers Avenged (1982). Siri berkenaan menjadi inspirasi bagi telefilem The Borrowers (1973) arahan Walter C. Miller, siri televisyen The Borrowres (1992) dan The Return of the Borrowers (1993) arahan John Henderson, filem komedi The Borrowers (1997), filem Jepun The Borrower Arrietty (2010) arahan Hiromasa Yonebayashi serta telefilem The Borrowers (2011). Kisahnya mengenai sekumpulan orang kerdil yang “meminjam” barang-barang keperluan daripada manusia.