30 Nov 2012

Traffic - Chennaiyil Oru Naal


Filem multi-naratif, Traffic (Malayalam, 2011) yang menang lebih 30 anugerah sedang dibikin semula sebagai Chennaiyil Oru Naal (Tamil, 2013). Saya sempat menontonnya pada 30 November 2012. Versi Hindi dan Kannada juga sedang diusahakan berikutan kejayaan filem ini. Kisah penuh debaran ini berdasarkan kejadian sebenar di Chennai, Tamil Nadu. Tiada wira kerana setiap watak adalah pelakon (pelaku) utama.