Ini seorang lagi minah yang tak faham bahasa! Sila klik pada foto untuk membesarkannya supaya mudah dibaca. Sila rujuk juga kisah “kakak/adik”nya DI SINI dan harap berwaspada. Entah mengapa ramai lelaki kaya dari Sabah – menurut cerita minah-minah ini – pergi ke UK, berkahwin dengan wanita tempatan dan kemudian meninggal dunia! Minah-minah ini pula tidak tahu “cakap Melayu” tapi ingin kembali ke tanah air arwah bapa mereka! Amat bodohlah sesiapa yang menjadi mangsa minah-minah ini yang mungkin sahaja lelaki yang terlibat dalam sindiket antarabangsa.