14 Feb 2012

Kathakali: Impian Belum Terlaksana

[Walaupun sering membicarakan dramatari tradisional ini, penulis belum mendapat kepuasan yang diharapkan.]

Semasa meneruskan pengajian di Universiti Malaya pada 1993, saya turut mengambil subjek Seni Persembahan di mana kami antara lain mempelajari muzik dan tarian India; walaupun lebih kepada teori.

Sejak itu saya mula mendalami dramatari kathakali yang memang saya minati kerana keunikannya. Saya mula membaca pelbagai buku, menonton video dan mendengar muzik persembahan kathakali.

Kathakali bermakna “drama cerita” dalam bahasa Malayalam dan ia adalah dramatari yang mula ditarikan di Kerala oleh orang Malayalam mulai abad ke-17. Ia dipercayai diasaskan oleh Maharaja Veerakeralavarman. Pada asalnya kathakali dipersembahkan pada hari-hari perayaan suci. Akan tetapi mengikut peredaran masa, ia menjadi teater rakyat.

Penari kathakali terdiri daripada golongan lelaki sahaja. Ini adalah kerana dramatari kathakali melibatkan teknik tarian dan latihan yang berat. Latihan yang diberikan meliputi latihan fizikal, urut, latihan mata, tangan dan muka.

Para penari terdiri daripada golongan profesional yang mula dilatih sejak berusia tujuh atau lapan tahun. Mereka ini menjadi penari sepenuh masa dan dibayar upah bagi setiap persembahan.

(Uthaya Sankar SB suka mendengar muzik tradisional dan menyaksikan seni persembahan tradisional; walaupun beliau tiada sebarang kepakaran dalam kedua-dua bidang itu. Baca makalah penuh dalam MANDALA BICARA]