6 May 2011

The Lincoln Lawyer

Saya membeli novel The Lincoln Lawyer dalam bentuk cakera padat (CD) audio pada 19 April 2011. Novel karya Michael Connelly itu saya dengar semasa memandu kereta dari 21 April hingga 1 Mei 2011.

Versi asal (unabridged) novel itu terkandung dalam sepuluh CD dan dibacakan oleh Adam Grupper dengan penuh gaya yang menarik perhatian pendengar.


Pada 4 Mei 2011, saya mendapat tahu bahawa novel The Lincoln Lawyer sudah dijadikan filem dengan judul sama. Dalam versi filem, watak Mickey Haller dipegang oleh Matthew McConaughey manakala Ryan Philleppe memegang watak Louis Roulet.


Maka, peminat novel thriller seperti saya kini mempunyai tiga pilihan: membaca novel, mendengar novel atau menonton filem. Namun, perlu diingat bahawa versi filem arahan Brad Furman berdasarkan lakon layar oleh John Romano tentu sahaja berbeza dengan versi novel asal; seperti mana juga halnya dengan beberapa novel yang dijadikan filem sebelum ini – BACA DI SINI.