
Setiap kali ada catatan baru di blog ini, maka “Pemerhati Bebas” paling awal menerima berita mengenainya. Kehadiran “Pemerhati Bebas” – selain daripada “pemantau” dan “penyiasat” – juga sentiasa menyedarkan saya bahawa saya perlu amat berhati-hati serta mengekalkan etika semasa memuatkan apa sahaja catatan di blog ini.
Bagi sesiapa yang sudi menyertai kumpulan “Pemerhati Bebas” bagi blog saya, sila klik pada butang bertulis “FOLLOW”. Tetapi ingat! Anda bukan “pengikut” blog ini tetapi adalah “pemerhati bebas” bagi blog ini. Saya dahului dengan ucapan terima kasih