Tarikh: 2 Mei 2011 (Isnin, cuti umum)
Masa: 10:00 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat: Jalan Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur
Peserta: Terbuka
Orang ramai yang berminat menyertai Konvoi II ke Rumah Ibadat diminta membaca catatan Konvoi ke Rumah Ibadat (2 Oktober 2010) – DI SINI dan DI SINI – untuk mendapatkan maklumat berkaitan persiapan dan persediaan. Sila KLIK DI SINI untuk melihat foto lawatan.
Enam rumah ibadat yang dijadualkan (mengikut urutan) adalah:
1. Kuil Subramaniam Chettiar, Jalan Ipoh
2. Gurdwara Jalan Sentul
3. Gereja Katolik St Joseph, Jalan Sentul
4. Tokong Dewa Pengawal, Jalan Sentul
5. Masjid Al-Hidayah, Sentul
6. Sri Lanka Buddhist Temple, Jalan Sentul
Peserta wajib mematuhi peraturan dan norma di rumah-rumah ibadat berkenaan.
Tujuan konvoi adalah untuk memupuk persefahaman, rasa saling menghormati dan menghargai kepelbagaian serta hak menganut agama masing-masing di Malaysia.