Kesilapan papan tanda Jalan Mesra yang berlaku di Taman Sri Muda, Shah Alam disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 2 Oktober lalu. Tahniah kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang sudah membetulkan kesilapan itu. Bagaimanapun, apabila membuat tinjauan pada 1 Disember 2010, saya masih sedikit kecewa kerana poskod yang sepatutnya 40400 bertukar pula kepada 40000 pada papan tanda baru ini. ..
Catatan: Turut disiarkan di akhbar Sinar Harian edisi Selangor/KL pada 5 Disember 2010.
Salam hormat sdr Uthaya,
ReplyDeleteTerasa lucu juga... apabila betul yang satu ini, yang satu itu pula salah. Begitulah! Perlu editor juga untuk mengedit. ;-)
Salam sejatera...
ReplyDeleteTahniah kerana tindakan telah diambil setelah teguran. Namun, ada sesuatu yang masih tidak kena dengan papan tanda jalan tersebut iaitu ejaan Jawinya. Ejaan MESRA tersebut dieja dengan salah dengan menggunakan huruf "tha" untuk sebutan huruf "s" sedangkan ejaan MESRA yang sebetulnya menggunakan huruf "sin".
Ejaan yang digunakan
مثرا
Sedangkan ejaan yang sebenarnya ialah
مسرا
Sekian,
http://riduanzakaria.blogspot.com/