3 Dec 2010

Awas!

Awas! Jangan layan e-mel daripada Rina Rahim Ahmed dari London yang menawarkan peluang rakyat Malaysia menjadi ejen Saphire Blue Stone bagi syarikatnya!
..

Saya menerima e-mel dari alamat rina_rahim@rediffmail.com pada 2 Disember 2010, 11:48 malam dan saya baca pada pagi 3 Disember 2010.

..

Bahagian awal e-mel itu sendiri sudah membuktikan ia satu lagi bentuk SPAM; bezanya kini menggunakan Bahasa Malaysia!

..

Lebih lucu, apabila Rina menceritakan bahawa ejen mereka yang dihantar ke Malaysia sebelum ini untuk membeli bahan mineral berkenaan “terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan”.

..

Berikut kandungan penuh e-mel berkenaan yang memang melucukan. Walaupun melucukan, semoga tidak ada sesiapa yang terpedaya semata-mata mahu cepat kaya!

..

Apa khabar ?
Diharap tuan sihat sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Rina Rahim Ahmed dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.
Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.
Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.
Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga USD6,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.
Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:
Yang benar,
Rina Rahim Ahmed