Friday, 29 October 2010

Trivia Liar

Liar adalah judul di Britain bagi filem Deceiver (1997) lakonan Chris Penn; program kuiz di televisyen Britain yang dihoskan Paul Kaye pada 2002; dan judul sebuah novel karya Justine Larbalestier pada 2009.
.

Terdapat sekurang-kurangnya 17 lagu popular dengan judul “Liar” manakala sebuah kumpulan pemuzik rock indie Amerika Syarikat menamakan kumpulan mereka Liars.

.

The Liar boleh merujuk pada judul novel karya Stephen Fry pada 1991; sebuah cerpen tulisan Henry James; atau sebuah filem Finland arahan Mika Kaurismaki pada 1981.

.

Teater Pierre Corneille pada 1644 dan Carlo Goldoni pada 1750 berjudul The Liar; manakala Alfred Drake mengadaptasi teater oleh Carlo Goldoni dalam bentuk teater muzikal dengan judul sama pada 1950.

.

“Liar” dalam Bahasa Inggeris bermakna “pembohong” atau “penipu” manakala liar’s paradox merujuk kepada ayat “This sentence is false”. Dalam Bahasa Malaysia, “liar” boleh membawa pelbagai makna.

.

Filem Liar Liar (1997) lakonan Jim Carrey memberi inspirasi kepada saya menghasilkan cerpen “Liar” yang disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia (23 November 1997) serta termuat dalam Sasterawan Pulau Cinta (2001).

.

Sila KLIK DI SINI untuk Trivia Cat, KLIK DI SINI untuk Trivia Air dan KLIK DI SINI untuk beberapa trivia lain.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!