Sunday, 31 October 2010

Trivia Air

Etnik Kenyah menggunakan istilah “maa’” apabila merujuk pada “air surut” manakala etnik Bisaya menggunakan “ruab” untuk air pasang. “Air” pula disebut “ba” oleh orang Kenyah dan “asak” oleh orang Bisaya merujuk kepada air surut.
.

Orang Bidayuh pula menggunakan “sungi” untuk merujuk kepada sungai, tali air semula jadi dan batang air. “Piin” bermakna air dalam bahasa Bidayuh.

.

Dalam bahasa etnik Kadazandusun, “wasai” merujuk kepada air terjun, “tasak” adalah air surut dan “ruab” bermakna air pasang. Dalam kalangan etnik Murut, “bosoi” merujuk kepada air terjun dan “miniiet” adalah air surut.

.

Orang Sungai menggunakan “uab” untuk air pasang, “monna” untuk air surut, “ramou” untuk air mata dan “tiwou” atau “lawai” untuk air liur. Dalam kalangan etnik Iranun, air laut disebut “ragat”, air pasang disebut “urug”, air surut disebut “irat” dan embun disebut “namug”.

.

Air laut digelar “taik”, air pasang sebagai “gaba” dan air kencing sebagai “pange” dalam bahasa Bajau. Air mata dalam bahasa Sungai adalah “lu mato” dan mata air pula disebut “bualan” dalam bahasa Iranun.

.

Sebuah kugiran Perancis yang dianggotai Nicolas Godin dan Jean-Benoit Dunckel sejak 1995 menggunakan nama “Air” yang merupakan akronim kepada “Amour, Imagination, Reve” (Love, Imagination, Dream).

.

Kumpulan jaz “Air” yang diasaskan pada 1971 antara lain menghasilkan album “Air Song” (1975), “Air Raid” (1976), “Air Time” (1977), “Air Lore” (1979) dan “Air Mail” (1980).

.

Geoff Ryman menghasilkan novel Air (2005) yang menang Anugerah Persekutuan Fiksyen Sains Britain, Anugerah James Tiptree Jr dan Anugerah Atrhur C Clarke.

.

Siri buku komik “Air” yang dihasilkan G Willow Wilson dan M K Perker diterbitkan oleh DC Comics sebanyak 24 siri dari Oktober 2008 hingga Ogos 2010. Komik berkenaan mendapat pujian Neil Gaiman, Gail Simone, Brian Azzarello, Jason Aaron dan Brian Wood.

.

AIR juga akronim kepada Adelaide International Raceway, All India Radio, Associated Independent Recording, Australia Institute of Radiography, Annals of Improbable Research dan Art Is Resistance.

.

Air” dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada “udara” dalam Bahasa Malaysia, manakala “air” dalam Bahasa Malaysia merujuk kepada “water” dalam Bahasa Inggeris.

.

Cerpen “Air” yang dihasilkan oleh Uthaya Sankar SB mengisahkan seorang pemuda yang mahu menyelam di dalam “air” (water) tanpa menyedut “udara” (air) selama 22 jam. Cerpen ini disiarkan dalam majalah Siasah (Februari 2003) sebelum dimuatkan dalam buku Rudra Avatara (2008).
.
Sila KLIK DI SINI untuk Trivia Liar dan KLIK DI SINI untuk Trivia Cat.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!