20 Apr 2010

Pembaca Berotak Suatu Hipokrasi?

Adalah menjadi suatu kesalahan besar – mungkin juga dosa besar – jika anda sebagai seorang sasterawan memilih untuk menghasilkan karya yang mencabar minda; serta menulis khusus untuk khalayak yang gemar membaca karya-karya yang mencabar minda.
.

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh pihak tertentu apabila saya terus terang mengatakan bahawa saya hanya memerlukan sekurang-kurangnya sepuluh membaca berotak untuk membuatkan saya terus berkarya.

.

Saya menyatakan pendirian itu dalam majalah Dewan Sastera, Mei 1997 [BACA DI SINI] dan di Universiti Sains Malaysia pada November 1998 [BACA DI SINI].

.

Ada peneliti yang memahami apa yang saya maksudkan [BACA DI SINI] dan tentulah ada peneliti yang sebaliknya menghadapi “sedikit kesukaran” [BACA DI SINI] dan [BACA DI SINI].

.

Selesai membacanya, sudilah berkongsi hasil penelitian anda.