2 Apr 2010

Hari Buku Kanak-kanak Sedunia

Hari Buku Kanak-kanak Sedunia disambut pada 2 April. Tema sambutan di Malaysia tahun ini adalah “Bangun dan Baca”.
.

Saya menghubungi Presiden Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY), Datin Paduka Hajah Shahaneem Hanoum pada 1 April dan beliau memaklumkan bahawa MBBY tidak mengadakan sebarang aktiviti tahun ini; hanya mengedarkan poster khas ke sekolah-sekolah dan perpustakaan.

.

Bagi Kumpulan Sasterawan Kavyan, kempen galakan membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dilakukan secara berterusan sejak 1999; termasuk dengan kerjasama MBBY.

.

Bagi tahun ini, Program Galakan Membaca di bawah siri “Jom Bergaya dengan Buku!” khusus bagi kanak-kanak diadakan pada Sabtu, 10 Mac 2010. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.