.
Sebaliknya, peluang untuk bertemu secara santai untuk saling bertukar kisah dan mengeratkan hubungan sebagai sebuah keluarga.
Sejak Kavyan diasaskan pada 22 Ogos 1999, banyak pihak yang terlibat menjayakan pelbagai aktiviti Kavyan.
Mengikut peredaran zaman dan usia, ramai yang membawa diri dengan kesibukan masing-masing. Ada yang melanjutkan pelajaran, ada yang bekerja, ada yang berkeluarga dan ada yang berpindah.
Maka, harapan saya secara peribadi adalah untuk dapat bertemu seramai mungkin individu yang sama-sama memberi “nyawa” kepada Kavyan selama ini.
Ramai pasti sedar bahawa Kavyan bukan organisasi yang terlalu rasmi sifatnya – walaupun ada Perlembagaan, Etika Mesyuarat dan seumpamanya.
Sebaliknya, segala aktiviti Kavyan dirancang dan dilaksana sebagai sebuah keluarga.
Saya secara peribadi amat “rindu” untuk bertemu semula dengan seramai mungkin individu/anggota keluarga Kavyan yang pernah dan sedang menyumbangkan masa dan tenaga untuk menjayakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya.
Malah, sesiapa yang pernah menyertai aktiviti Kavyan dianggap sebahagian Kavyan dan diundang hadir menyerikan Hari Keluarga Kavyan.
Begitu juga bagi sesiapa yang belum pernah berpeluang menyertai aktiviti Kavyan; hadirlah sama untuk mengenali keluarga Kavyan. Umur, kaum dan latar belakang tidak menjadi halangan.
Sedikit makan-minum akan
Kavyan juga akan berusaha mendapat bahan bacaan untuk diedarkan kepada kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang hadir sebagai usaha menggalakkan budaya membaca.
Saya tahu bahawa masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan seharian.
Namun, apa kata kita
Sekurang-kurangnya boleh saling memberi motivasi dan mengeratkan talian persaudaraan.