Saya adalah jenis sasterawan (penulis karya sastera) yang tidak teragak-agak memulakan cerpen dengan intro seperti di atas.
Ciri-ciri narrative hook pernah saya terangkan melalui siri tulisan dalam akhbar Mingguan Wawasan pada Mac-Julai 1998. Namun, telah juga saya sebutkan bahawa ada kalanya penulis boleh melanggar syarat narrative hook dan masih mampu menarik minat pembaca.
Pelanggaran seperti ini sering saya lakukan dalam karya kreatif.
Gaya penulisan yang menggunakan teknik intro seperti ini bukanlah sesuatu yang muncul secara mendadak. Sebaliknya ia telah melalui suatu proses yang cukup panjang sebelum saya mula menulis, malah.
Kisah bagaimana saya melibatkan diri dalam penulisan secara amatur dan kemudian secara profesional telah saya terangkan di beberapa tempat sebelum ini. Saya ceritakan juga ringkasan mengenai proses kreatif saya.
Sila KLIK DI SINI untuk membacanya; jika berminat.