Saya sepatutnya menonton filem Chandramukhi bersama-sama Ganesan Duraisamy pada 5 Mei 2005 tetapi rancangan itu terpaksa dibatalkan apabila Ganesan kemalangan semasa dalam perjalanan ke pawagam.Hampir lima tahun sudah berlalu dan hari ini, saya mahu memperkatakan filem itu.
Selepas filem Baba (2002) kurang mendapat sambutan, saya percaya Rajinikanth telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum memutuskan untuk berlakon dalam Chandramukhi (2005).
Tentu sahaja banyak rombakan dan perubahan besar dilakukan pada skrip asal bagi memastikan Super Star Rajinikanth muncul sebagai watak paling utama dalam filem berkenaan.
Dalam memperkatakan mengenai Chandramukhi (2005), saya akan berbicara juga mengenai Manichitratazhu (1993), Apthamitra (2004), Rajmohol (2005) dan Bhool Bhulaiyaa (2007).
Sila KLIK DI SINI jika ingin membaca catatan yang saya lakukan sementara menanti kemunculan Rajinikanth dalam filem Tamil Endhiran (“Robot”) dan filem animasi Sultan: The Warrior.