Saya pernah ke sini semasa Program Galakan Membaca (5-7 Oktober 2009). Perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari Munirah yang bekerja di sebuah gerai makan di
.
[Sila KLIK DI SINI untuk membaca kisah pertemuan dengan Munirah.]
Puan Yati dan Cik Syafini membeli ikan, udang dan kerang untuk dibawa pulang. Saya turut teruja kerana harga amat murah. Tetapi Prabha dan Devishi kini di Kamunting kerana cuti sekolah.
Akhirnya saya membeli ikan kayu (ikan tongkol) untuk diberi kepada Rajan dan emak. Penjual di Pasar Umum Sandakan membungkus ikan, udang dan kerang dengan kemas.
(Kemudian dibungkus ke dalam kotak kertas oleh pihak Hotel Sabah sebelum dibawa oleh Azulah dan didaftar masuk di Lapangan Terbang
Puan Yati dan Cik Syafini turut membeli mutiara. Saya juga membeli beberapa untuk Prabha dan Devishi. Terus-terang, saya tidak pandai dalam hal membeli cenderemata.
Pukul 1:15 tengah hari, kami bergegas ke Hotel Sabah untuk berkemas dan mendaftar keluar.
Destinasi seterusnya adalah Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok. Kami sampai di
Seperti biasa, foto-foto boleh dilihat di Facebook.
Pada pukul 3:30 petang, kami meneruskan perjalanan. Setengah jam kemudian, kami berhenti di Batu Empat untuk makan. Saya mencuba ikan bangus. Sedap!
Sekitar pukul 5:00 petang, kami bertiga dihantar ke Lapangan Terbang Sandakan. Penerbangan pesawat MH2707 yang dijadualkan pada pukul 6:50 petang ditunda ke 7:40 malam.
Saya, Puan Yati dan Cik Syafini memang amat penat dan mengantuk. Kami hanya melangkah masuk ke dalam pesawat pada pukul 7:55 malam.
Pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 10:45 malam. Selepas mengambil barang-barang (bagasi), kotak berisi ikan dibuka kerana dua beg plastik berisi ikan kepunyaan Puan Yati ditumpang di dalam kotak saya.
Sejurus selepas itu, Rajan dan Nisha datang untuk mengambil saya. Mereka menghantar saya pulang ke rumah di Taman Sri Muda sekitar pukul 1:00 malam selepas kami singgah untuk makan dan minum.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Rajan dan menyerahkan ikan tongkol (ikan kayu) yang saya bawa sebagai buah tangan dari