Sebelum menuju ke Lapangan Terbang Sandakan, saya bersama-sama Puan Norhayati dan Sdr Nazri (PTS) singgah di Pasar Umum Sandakan.
Saya sempat membeli kemeja-t untuk Rajan, sementara Puan Yati dan Nazri membeli mutiara.
Tentu sahaja kami tidak melepaskan peluang merakam foto di pasar berkenaan yang terletak di tepi Laut Sulu. (Lihat foto-foto yang saya muatkan di Facebook.)
Semasa berjalan-jalan, terdengar suara seorang wanita yang berkata, “Macam pernah nampak … tapi di mana, ya? Di TV-kah?”
Puan Yati segera menjawab, “Ya. Orang TV-lah ni.”
Lalu, Munirah datang bersalam dengan gembira. Katanya, dia selalu menonton saya membuat ulasan akhbar dan membaca berita dahulu.
“Kenapa tak ada lagi?”
Suatu soalan yang banyak diajukan kepada saya semasa di Sibu dan Sandakan tetapi tidak dapat saya berikan jawapan.
Mungkin pihak berwajib di RTM boleh memberikan jawapan.