Pada pagi 21 Oktober 2009, saya mengendalikan sesi rumusan program bersama-sama para peserta dan guru pengiring.
Hal ini kerana Puan Norhayati yang sepatutnya mengendalikan sesi itu terpaksa ke balai polis berikutan biliknya (serta 5 lagi bilik) di Residence Inn, Cherating dimasuki pencuri pada awal pagi.
Entahlah bagaimana kejadian buruk itu boleh berlaku. Dan entahlah jika insiden buruk ini bakal menjejaskan nama baik dan reputasi hotel berkenaan; khususnya apabila saya turut menulis mengenai insiden berkenaan di Facebook dan blog.
Sri Bala @ Anna datang ke Residence Inn, Cherating seperti yang dijanjikan dan membawa saya ke Kemaman, Terengganu untuk bersarapan dan berbual-bual.
Kemudian, sementara saya menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Galakan Membaca, Anna pula tidur di bilik saya.
Saya ke bilik pada pukul 1:00 tengah hari dan lima minit kemudian, semasa baru sedang berkemas, menerima panggilan telefon supaya mendaftar keluar hotel.
Selepas mendaftar keluar, saya bersama-sama Puan Yati, Puan Halimah dan Cik Shafri dibawa menggunakan van Residence Inn ke Balai Plis Jaya Gading.
Rupa-rupanya, si pencuri telah membuang beberapa dokumen penting milik Puan Norhayati berampiran sebuah hentian bas; lalu diserahkan orang ke balai polis berkenaan.
Dari balai polis, kami langsung ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan meletakkan beg-beg kami di sana.
Van milik Residence Inn menghantar kami berempat ke Kuantan Parade. Di sana, saya sempat membayar bil telefon bimbit kerana talian telah disekat! Kami makan dan minum sambil berbual-bual.
Selepas ke lapangan terbang, kami minum sambil berbual-bual. Puan Halimah menceritakan mengenai anaknya. Kami juga berbual tentang pengalaman sebagaiguru dan pensyarah.
Pada pukul 6:55 petang, kami menaiki pesawat untuk terbang dari Kuantan ke KLIA. Rajan dan Nisha sudah sedia menunggu di sana untuk menghantar saya pulang ke rumah.
Foto-foto dimuatkan di Album Foto pada Facebook.