
Kuiz ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang tahu Bahasa Malaysia; kecuali individu yang menganggotai Jawatankuasa Kavyan (1999-2009).
Tiada batas kaum, keturunan, etnik, budaya, agama, umur, pekerjaan, pendidikan, ideologi politik (dan sebagainya).
Tarikh akhir mengirim jawapan bagi kuiz khas ini adalah pada 22 Ogos 2009; pukul 4:00 petang.
Sebarang jawapan yang diterima selepas pukul 4:00 petang, 22 Ogos 2009 tidak akan dilayan sama sekali.
Maklumat lanjut serta soalan kuiz khas “Sedekad Kumpulan Sasterawan Kavyan” dipaparkan di Blog Kavyan (sila klik) pada pukul 8:00 pagi, 18 Ogos 2009.