Sunday, 23 August 2009

Hanuman & Siru Kambam

Terima kasih kepada semua yang membuat tempahan “Buku-buku yang Bangkit Semula dari Kubur” [BACA DI SINI].

Buku-buku yang ada dalam simpanan sudah saya kirim melalui pos kepada mereka yang membuat tempahan dan membuat pembayaran melalui deposit bank.

Stok buku yang masih ada pada saya pada masa sekarang adalah Siru Kambam (Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia, DBP, cetakan kedua 1997, harga pasaran RM18.00) dan Hanuman: Potret Diri (Novel Parodi Retorik, DBP, cetakan pertama 1996, harga pasaran RM5.50).

Sudilah menghubungi saya melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my jika berminat membeli kedua-dua buku ini dengan harga istimewa – Harga Dari Kubur.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!