Friday, 31 July 2009

Belajar Bukan Hafaz

Setiap kali saya berpeluang mengambil anak saya pulang selepas sekolah, saya akan bertanya kepadanya, apa perkara baru yang dipelajarinya di kelas pada hari berkenaan.

Bagi saya, apa yang penting adalah ilmu yang ditimba di sekolah secara yang menyeronokkan; bukan pengetahuan yang disuap dan disogokkan oleh guru kepada murid.

Mujurlah anak saya, Devishi Prabha Sankari turut memahami kepentingan ilmu yang dipelajari sambil berseronok. Berkat bimbingan ibunya juga, Devishi tetap mendapat markah yang amat membanggakan dalam peperiksaan penggal Tahun Satu.

Proses menimba ilmu perlulah menyeronokkan. Bagi saya sendiri, saya masih ingat begitu banyak perkara yang dipelajari sejak sekolah rendah kerana segalanya didedahkan kepada kami (murid-murid) secara yang menarik dan bukan semata-mata berorientasikan peperiksaan.

Sila KLIK DI SINI untuk teks penuh.

0 komen:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!