8 Jun 2009

Kathakali: Bakal Terbit

Sukacita dimaklumkan bahawa Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia akan siap dicetak dalam masa beberapa hari lagi.

Buku Kathakali memuatkan 16 cerpen Bahasa Malaysia yang pernah tersiar di beberapa akhbar dan majalah aliran perdana serta sesuai bagi bacaan remaja pelbagai kaum berumur 16-21 tahun.

Judul: Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia
ISBN: 978-983-40562-5-4
Kategori: Cerpen Remaja (16-21 tahun)
Pengarang: Uthaya Sankar SB
Penerbit: Uthaya Sankar SB (978-983-40562)
Halaman: 176 halaman (tidak termasuk 24 halaman prelim)
Harga: RM20.00

Sebuah lagi buku saya yang terbit pada Julai 2008 memuatkan 11 cerpen untuk bacaan dewasa:

Judul: Rudra Avatara: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia
ISBN: 978-983-40562-4-9
Kategori: Cerpen Umum
Pengarang: Uthaya Sankar SB
Penerbit: Uthaya Sankar SB (978-983-40562)
Halaman: 120 halaman (tidak termasuk prelim)
Harga: RM20.00

Sekiranya berminat, bolehlah membeli buku-buku ini terus daripada saya secara tunai; atau daripada syarikat milik saya, Exult Resources secara Pesanan Tempatan (LO).

Sudilah menghubungi saya untuk maklumat lanjut. Maklumat buku boleh dibaca DI SINI.