Bahagian Teori dan Kritikan, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Arena Wati pada 9 & 10 Jun 2009 di Dewan Seminar, Menara DBP, Kuala Lumpur.Saya percaya – dan berharap! – seminar ini tidak seburuk sebuah Seminar Kampung-kampungan anjuran DBP pada April 2009.
Apatah lagi apabila Pegawai Perancang Bahasa DBP, Hajijah Jais dalam surat bertarikh 13 Mei 2009 yang diterima pada 22 Mei 2009 menulis, “Kehadiran tuan amat dihargai dan kami akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih”!
Dapatkan maklumat lanjut [DI SINI].
Saya mahu hadirkan diri ke seminar ini. Boleh bagi nombor untuk saya hubungi dan daftar?
ReplyDeleteKenapakah tidak ada catatan malam gema puisi di sini? Puas saya berulang ke sini masih tidak ketemui. Harap sahabat meneliti kenapa ia terjadi.
ReplyDeleteMasih tidak membalas atau menyiarkan ulasan saya lagi. Mungkin sudah tidak sudi gamaknya.
ReplyDeleteSdr D'Rimba, sila ambil perhatian bahawa hanya komen yang ada kaitan dengan topik akan dimuatkan. Jika saudara memasukkan apa-apa yang tiada kaitan dengan topik, tentulah tidak akan disiarkan! Cuba baca catatan/arahan/panduan yang jelas tertera sewaktu saudara mahu menulis komen di blog ini.
ReplyDeleteAda catatan mengenai Malam Gema Puisi JPA. Kalau sudah puas mencari, bolehlah berhenti mencari.
Maklumat seminar ... amran2@dbp.gov.my