23 Dec 2008

Twisted

Pada ruangan status di Facebook, pada sekitar pukul 2:20 pagi, 23 Disember 2008, saya menyatakan bahawa saya mengenali Jeffery Deaver melalui kumpulan cerpen "Twisted" dan "More Twisted"; dan kini tekun membaca novel-novelnya pula.
.
Lalu, seorang rakan dari Bernama Radio24, Azmir Sharifuddin bertanya, adakah cerpen berkenaan difilemkan dengan judul yang sama; dan dilakonkan oleh Ashley Judd.
.
Maka, saya menjawab begini:
.
Filem TWISTED tidak ada apa-apa kaitan dengan kumpulan cerpen sulung Jeffery Deaver berjudul TWISTED. Tapi, cerpen-cerpen (dan novel) Jeffery Deaver memang penuh dengan perubahan plot (jalan cerita) benar-benar di luar dugaan (twisted).
.
Macam dalam filem TWISTED juga, di mana jalan ceritanya tiba-tiba berubah; di luar dugaan penonton.
.
Jadi, kalau saudara suka filem TWISTED, saya percaya saudara akan suka membaca kumpulan cerpen TWISTED dan MORE TWISTED.
.
(Bagi saya, TWISTED lebih menarik berbanding MORE TWISTED.)
..
Biasakah saudara membaca cerpen-cerpen Jeffrey Archer? Ada beberapa kumpulan cerpennya di pasaran; malah saya memiliki kompilasi beberapa kumpulan cerpen itu dalam satu jilid dengan judul Collected Short Stories -- sebelum TO CUT A LONG STORY SHORT dan CAT O'NINE TALES.
.
Cuba baca kumpulan cerpen A TWIST IN THE TALE oleh Jeffrey Archer, sebagai contoh terbaik.
.
Dalam cerpen-cerpen Jeffrey Archer, pasti ada satu "twist" iaitu unsur luar dugaan pada jalan cerita.
.
Dalam cerpen-cerpen Jeffery Deaver pula, ada DUA unsur "twist". Maknanya, dua kali jalan cerita berubah di luar dugaan.
.
Kata orang kampung, "You get twice the fun reading!"
.
Cuba dapatkan maklumat lanjut di http://www.jeffreyarcher.co.uk/ dan http://www.jefferydeaver.com/